Program Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sembilan 2019

Program Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sembilan 2019 telah diadakan pada 2 Mei 2019 di Dewan Auditorium D’SURY, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri sembilan bermula pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sesi pembentangan dimulakan oleh YBhg. Ustaz Syed Shahridzan Bin Syed Mohamed, Ketua Bahagian Fiqh Tirmidhi Centre. Beliau yang membentangkan tajuk Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah Serta Menangani Persoalan Khilaf Dalam Perkara Furu’ Fiqhiyyah Dan Permasalahan Bidaah. Pembentangan tajuk ini mendapat reaksi positif daripada para peserta menerusi soal jawab yang dikemukakan kepada panel pembentang.

Perbentangan kedua disampaikan oleh Ybhg. Prof Madya Dr Mohd Fauzi Bin Hamat. Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah MKI. Beliau membentangkan tajuk Fatwa isu akidah : Ekstremisme dalam aliran pemikiran agama – Sudut pandang Fatwa.

Pada sebelah petang berlangsung sesi bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri iaitu Ybhg. Ustaz Hj. Zamani bin Hj. Ibrahim – Pengetua ITQAN / AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Dr. Shuhadak bin Mahmud AJK Fatwa Negeri Sembilan. Moderator A.f Ustaz Danial Farhan Bin Dolmat- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JHEAINS.

Objektif Program Seminar Pendidikan Fatwa adalah memastikan masyarakat Islam memahami mengenai peranan Institusi mufti sebagai tempat rujuk dan tonggak penyelesaian masalah hukum-hakam Islam di Negeri Sembilan, memastikan keputusan dan pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Fatwa Negeri tersebar ke pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Melalui program ini juga diharap dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu isu yang telah difatwakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kemesraan antara institusi pentadbiran agama peringkat daerah dan pentadbiran fatwa di peringkat negeri dengan masyarakat Islam tempatan.

Peserta program ini terdiri daripada guru takmir, imam, guru kafa, pegawai daripada daerah-daerah ini dan kakitangan serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti itu sendiri. Dianggarkan lebih kurang 400 orang peserta menghadiri program tersebut..

Perasmian disempurnakan oleh SS Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

 

 

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast