Sifat Ubudiyyah

Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ). Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.

Dalam hal ini manusia (Muslim) terbahagi dalam tiga keadaan:

i. Mereka yang melakukan ibadah.

ii. Mereka yang melakukan maksiat.

iii. Mereka yang melakukan perkara yang harus ( المباح )

Sekiranya seseorang itu melakukan ibadah, mungkin dia mendapat sifat ‘Ubudiyyah, dan mungkin tidak memperolehinya seperti ibadah orang-orang yang lalai. Manakala orang-orang yang melakukan maksiat, dia tidak akan memperolehi sifat ‘Ubudiyyah sehinggalah dia bertaubat. Di sini taubat dikira ibadah yang bersama-samanya sifat ‘Ubudiyyah. Sementara mereka yang melakukan perkara yang harus bergantung kepada niat. Sekiranya dia berniat kepada Allah ketika melakukan perkara yang harus maka ia menjadi ibadah, seandai sebaliknya maka luputlah sifat ‘Ubudiyyah kerana tiadanya ibadah serta ianya dikira adat kebiasaan sahaja.

Oleh Imam al-Nabusiy, dalam kitab Haqa’iqu al-Islam wa Asraruhu, Dar al-Turath al-‘Arabi, 1986. Nama penuh beliau ialah Imam Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy bermazhab Hanafi.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast