PELAN STRATEGIK JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2011-2015 (BAHAGIAN TAREKAT TASAWUF)

Disediakan oleh : SYAIFUL NIZAM BIN MD JAN
Penolong Mufti Bahagian Tarekat Tasawuf/Pendaftar Tarekat Negeri Sembilan

TERAS STRATEGIK 6
Mengarusperdanakan Pembangunan Tasawwuf Dan Memantapkan Pengamal Tareqat

Teras strategi yang akhir ini memberi penempuan dan fokus kepada usaha giat untuk menyuburkan dan memasyarakatkan disiplin ilmu Tasawwuf dalam kalangan masyarakat agar masalah kronik yang sedang dihadapi oleh umat pada masa ini dapat di atasi melalui pendekatan tasawwuf. Keseimbangan pembangunan fizikal dan kerohanian adalah asas kecemerlangan diri setiap individu masyarakat yang akhirnya akan mendatangkan impak positif yang besar dalam pembangunan negara. Gerakan dakwah untuk memberi kefahaman dan penghayatan yang menyeluruh terhadap pengamal tasawwuf akan disemarakkan dan dizahirkan dengan pelaksanaan program yang bersifat kontemporari dan tradisi. Kawalan terhadap pengamal tareqat adalah seiring dengan usaha memajukan kumpulan tareqat yang telah diberi pengiktirafan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Kerjasama erat antara kumpulan tareqat tersebut serta memperluaskan hubung-jalin dengan Kumpulan Tareqat Tasawwuf Antarabangsa akan dipergiatkan dan disuburkan dengan wahana dan program-program yang menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam pengamalan tareqat tasawwuf yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast