Alat Astronomi Dahulu Kala

 

Rubu’ mujayyab merupakan kalimah Arab yang merujuk kepada seperempat dan garisan. Dari segi istilah, ia merupakan sejenis alat tradisional falak (astronomi) yang dicipta khusus untuk pengukuran sudut dan waktu. Ibn Shatir mentakrifkan rubu‘ mujayyab sebagai alat yang diperbuat sama ada daripada tembaga atau kayu untuk tujuan pengukuran waktu.  Menurut beliau lagi, pada rubu‘ mujayyab diciptanya bola langit serta pada alat ini terdapat tujuh belas garisan yang dapat diketahui waktu-waktu. Beliau turut mentakrifkan bahawa rubu‘ mujayyab yang sempurna digunakan untuk menentukan waktu-waktu dalam Islam.

Rubu‘ Mujayyab  berbentuk sukuan bulatan.  Ia diperbuat sama ada daripada tembaga, kayu, kertas dan seumpamanya. Alat tersebut mempunyai fungsi yang pelbagai, terutamanya dalam aspek pengukuran sudut dan waktu. Rubu’ mujayyab merupakan alat yang dicipta seperempat daripada astrolab. Berbanding astrolab, fungsi rubu‘  lebih terhad kerana rubu‘ merupakan sebahagian daripada astrolab. Selain itu juga, rubu‘ terhasil daripada pembahagian bulatan langit (sfera samawi) yang bersudut 360° kepada empat bahagian.  Ini menyebabkan bentuk rubu‘  adalah seperempat bulatan yang bersudut 90°.

Pada permukaan rubu‘  terdapat sehingga 14 garisan atau lengkungan sama ada bergaris lurus atau tidak. Garisan-garisan tersebut ialah dai’rah al-maylqaws ‘asar awal dan thaniqa’imah zil asabi‘ dan aqdamda’irah tajib awal dan thaniqaws irtifa‘jayb tamam dan sittini , jayb mankus dan mabsut. Elemen-elemen lain dalam rubu’ ialah markazhadafah dan benang.  Selain itu, pada keseluruhan muka rubu‘ terdapat petak-petak grid yang terhasil daripada persilangan antara garis mankus dan mabsut di mana kewujudan petak-petak grid tersebut memudahkan proses penandaan bacaan data.

Pada sekeliling rubu‘ terdapat senggatan-senggatan yang berskala 1 unit bersamaan 1°.  Terdapat 90 unit senggatan pada lengkungan rubu‘ (dikenali sebagai qaws irtifa‘), dan 60 unit lagi masing-masing pada perentas-perentas rubu‘ (dikenali sebagai jayb tamam dan sittini).  Selain dalam bentuk darjah, unit skala ini juga dapat dinilaikan dalam unit minit, iaitu 1 unit senggatan bersamaan 1° bersamaan 4 minit.  Oleh itu, bagi 90 unit senggatan bersamaan 90° bersamaan 360 minit (6 jam).

Konsep yang sama juga dapat dikira untuk 60 unit senggatan pada kedua-dua perentas rubu‘ . Selain itu, pada sekeliling lengkungan rubu‘ , terdapat 12 nama buruj yang terdiri daripada hamalthaurjauza’sartanasadsunbulahmizanaqrabqawsjadidalu dan hut. Nama-nama buruj yang ditulis pada bahagian permukaan atas lengkungan qawsmenunjukkan bahawa kedudukan buruj-buruj tersebut berada pada arah Selatan manakala bahagian permukaan bawah lengkungan pula menunjukkan kedudukan buruj arah Utara.  Setiap satu buruj mempunyai nilai 30°.

Dalam aspek ciptaan rubu‘ pula, secara keseluruhannya ia direkacipta berdasarkan prinsip projeksi langit dan perjalanan objek samawi dalam bulatan sfera samawi terutamanya perjalanan serta kecondongan matahari sepanjang tahun.  Oleh itu, dalam aspek hitungan waktu, matahari menjadi subjek utama rujukan terutama dalam aspek penggunaan bayang matahari. Selain itu, garisan-garisan pada rubu’ juga terhasil berdasarkan data-data cerapan yang dilakukan di kawasan khatulistiwa kerana berlatitud 0° dengan konsep panjang hari dan malam sama panjang sepanjang tahun.  Rubu‘  juga mesti digunapakai bersama-sama dengan jadual ta‘dil az-zaman dan jadual buruj untuk proses kiraan waktu-waktu solat.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast