Penggunaan anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan selain daripada anjing dan babi untuk tujuan kosmetik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 7/2018-1439H yang bersidang pada 25 Oktober 2018 bersamaan 16 Saffar 1440H telah membincangkan hukum penggunaan anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan selain daripada anjing dan babi untuk tujuan kosmetik. Muzakarah bersetuju menerima keputusan Muzakarah Kebangsaan dengan dibuat penambahan sighah seperti berikut:

  1. Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudarat, penggunaanya adalah dilarang oleh Islam.
  2. Sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudaratan kepada manusia adalah haram digunakan.
  3. Kulit binatang yang haram dimakan tetapi telah disamak harus digunakan untuk tujuan kosmetik.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast