Apa itu Falak?

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu Falak?

Ilmu falak pula merupakan ilmu yang mempelajari tentang posisi benda-benda langit, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Ini dapat difahami melalui firman Allah dalam surah Yāsīn ayat 40 dan surah al-Anbiyā’ ayat 33.

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Yāsīn : ayat 40)

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar dalam garis edarnya. (al-Anbiyā’: ayat 33)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa matahari dan bulan bergerak dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Matahari tidak akan muncul pada waktu malam, manakala siang dan malam pula bergilir-gilir menggantikan antara satu dengan yang lain. Setiap sesuatu di langit itu beredar pada orbitnya masing-masing menurut ketentuan Allah SWT.

Jelasnya, ilmu falak adalah ilmu yang membincangkan mengenai pergerakan jasad-jasad samawi khususnya bulan, matahari, bintang dan planet pada orbitnya masing-masing. Pada hari ini ilmu falak lebih dikenali sebagai astronomi. Manakala skop kajian bidang falak ini terlalu luas kerana ia melibatkan alam cakerawala keseluruhannya. Bagaimana pun, di Malaysia, skop ilmu falak khususnya falak syar‘ie di jabatan-jabatan mufti tertumpu bagi tujuan penyempurnaan sesuatu ibadah khususnya bidang-bidang yang berkaitan penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan takwim hijrah, penetapan anak bulan dan gerhana matahari serta bulan.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast