Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

KATEGORI

SIPNOPSIS

Buku ini adalah terjemahan daripada buku al-‘Aqidah Islamiyyah oleh Dr. Mustafa Said al-Khin dan Sheikh Muhyiddin Dib Misto. Buku ini diterbitkan untukdijadikan asas dan panduan masyarakat Malaysia amnya yang berpegang dengan mazhab ‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

KATEGORI

SIPNOPSIS

Buku Keistimewaan Umat Muhammad adalah sebahagian daripada terjemahan teks berbahasa arab yang bertajuk “ Sharf al-Ummah al-Muhammadiyyah “ oleh Sheikh Syed Muhammad bin Syed Alawi. Buku ini telah diterbitkan sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 1426 Hijrah. Kandungan buku ini mendedahkan kelebihan dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada umat Muhammad s.a.w iaitu merupakan umat yang terpilih sepanjang zaman. Antara isi kandungan buku ini ialah kemuliaan dan kelebihan wuduk, kelebihan menjawab azan, kelebihan solat berjemaah, kelebihan imam dan banyak lagi.

KATEGORI

SIPNOPSIS

Buku ini merupakan terjemahan daripada buku al-Fiqh al-Manhaji ‘ Ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i yang dikarang oleh tiga ulama yang terkemuka iaitu Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Kandungan Manhaj Fiqh ini mencakupi fiqh ‘Ibadat, mu'amalat, munakahat dan jinayah.

KATEGORI

SIPNOPSIS

Buku Prinsip-Prinsip Tasawwuf Islam ini adalah terjemahan kertas kerja yang telah dibentangkan di dalam Seminar Antarabangsa untuk para Imam dan Pendakwah dari Negara Islam pada tahun 1986 di Kaherah. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani, wakil Amanah Am Lajnah tertinggi Dakwah Islamiyyah Universiti al-Azhar, Mesir.

Buku ini sedikit sebanyak menyediakan sari pati prinsip tasawwuf untuk didedahkan kepada masyarakat awam yang selama ini menganggap tasawwuf merupakan amalan yang eksklusif kepada golongan sufi sahaja. Buku ini mencakupi tajuk besar antaranya Pengertian Tasawwuf, Pandangan Fuqaha' Terhadap Tasawwuf, Tasawwuf dan Masa Depan Dunia Islam serta Zikir.


KATEGORI

SIPNOPSIS

Kitab kecil ini adalah sebahagian daripada terjemahan teks berbahasa arab yang bertajuk “ Sifat wa Muqawwimat al-Muslim” oleh Sheikh Muhammad Fauzi dari Mesir sempena dengan Majlis Ujian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 1425 hijrah.

Buku ini menjelaskan sifat-sifat peribadi yang mesti wujud dalam diri setiap muslim dalam rangka membina sebuah masyarakat Islam. Kesempurnaan membina sebuah masyarakat Islamakan menjadi satu jaminan tertegaknya sebuah negara Islam. Sekiranya mata rantai pertama pembinaan ini rosak, iaitu keperibadian muslim tidak berjaya dilahirkan bererti akan menjejaskan matlamat pembinaan sebuah Negara.


Powered by Portfolio Design Advanced portfolio system.