| Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Rembau |
![]() 27hb Mac 2010, Rembau- Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau telah menganjurkan program Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau.Program ini diadakan bertujuan mendekatkan umara’ dan ulama’ negeri dengan golongan masyarakat dan rakyat tempatan
serta memperkenalkan amalan kerohanian yang terdapat di dalam tarekat tasawuf.Satu kertas kerja yang bertajuk Istifadah Taubat dan Istighfar Sebagai Kaedah Membina Kemakmuran Negara telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim yang merupakan anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan dan berkhidmat sebagai Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam. Antara intisari dalam pembentangan tersebut ialah menyatakan kelebihan bertaubat dan beristighfar iaitu:
Sebagai kesimpulan kepada perbahasan yang dikemukakan, bolehlah disimpulkan bahawa taubat dan istighfar adalah tuntutan agama dan suatu keperluan yang mendesak dalam kehidupan manusia kerana kita sentiasa berbuat kesalahan dan dosa. Seseorang hamba yang melazimi istighfar dan taubat akan berada dalam keredaan Allah (s.w.t.) dan akan memperolehi kemakmuran hidup di dunia dan keselamatan hidup di akhirat. Pada peringkat masyarakat pula, istighfar adalah faktor pengimbang kepada kemurkaan Allah. Dengan istighfar dan taubat, kemurkaan Allah akan bertukar menjadi keampunan dan keredaan. Justeru, kedua-duanya akan menjadi faktor pembawa kemakmuran dalam kehidupan manusia. Rahsia ini tidak diketahui kecuali oleh hamba yang mempunyai hati yang bercahaya. Majlis ini turut dihadiri YTM Dato’ Hj. Mohd Jan bin Hj. Abdul Ghani, Undang Luak Johol dan YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin. Seramai 400 orang telah hadir pada Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau. Semoga program sebegini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan dan modal insan untuk kejayaan agama, bangsa dan kemakmuran negara. Pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih Ke Bawah Kaus, YTM Dato’ Lela Maharaja, Dato’ Hj. Muhamad Sharip bin Hj. Othman, Undang Luak Rembau dan Toh Puan serta semua pihak yang terlibat dalam menjaya bicara sufi tersebut seperti Balai Undang Luak Rembau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah & Tanah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, Pejabat Penerangan Daerah Rembau, Jurutera JKR Daerah Rembau, Pejabat Penerangan Daerah Rembau, TNB Cawangan Rembau, dan semua pihak yang terlibat secara tidak langsung.
|






