Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

Forum `Irsyadul Fatwa’ di Tampin

Tampin- Satu Forum dengan tajuk `Irsyadul Fatwa’ telah diadakan pada 3 Mac 2010 bertempat di Kompleks Pejabat Agama Daerah Tampin, Negeri Sembilan anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajan Negeri Sembilan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin. Forum tersebut dibarisi ahli panel Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dato` Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad dan Dr. Zulkifli bin Mohamed al Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan serta dipengerusikan oleh Y.Bhg Ustaz Hj. Abd Basit bin Abd. Wahab dari Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.  Forum Irsyadul Fatwa ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru agama, guru-guru takmir, guru-guru dan para imam dari seluruh daerah Tampin. Kehadiran mencecah hampir 200 orang peserta.

Antara lain objektif penganjuran forum tersebut ialah untuk memastikan masyarakat Islam setempat memahami peranan Institusi mufti ( jabatan ) sebagai tempat rujuk dan tonggak penyelesaian masalah hukum-hakam Islam di Negeri Sembilan. Selain itu juga untuk memastikan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti yang pertama hingga ke hari ini tersebar ke pengetahuan masyarakat islam dan mereka memahaminya. Antara lagi objektifnya ialah untuk membiasakan golongan masyarakat yang aktif seperti guru agama, guru takmir dan pegawai masjid  peluang bersoal jawab kepada Mufti dan ahli jawatankuasa fatwa Negeri secara langsung dan mewujudkan hubungan dan kemesraan antara institusi pentadbiran agama peringkat daerah, pentadbiran fatwa di peringkat negeri dengan masyarakat Islam tempatan. 

               Forum tersebut juga telah dihujani dengan pelbagai soalan daripada para peserta yang dikemukan kepada ahli panel forum dan forum ini dilihat telah berjaya mencapai objektif dan matlamat penganjurannya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan forum Irsyadul fatwa tersebut.



Para peserta sedang menunggu sebelum forum bermula