| Program Bicara Sufi di Tampin |
![]() 6hb Februari 2010, Tampin- Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin telah menganjurkan program Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin.
Majlis ini turut dihadiri YTM Dato’ Hj. Mohd Jan bin Hj. Abdul Ghani, Undang Luak Johol dan Toh Puan. Ketua-ketua jabatan peringkat daerah, Dato’-dato’ Lembaga adat dan orang ramai telah membanjiri perkarangan Balai seawal jam 7.00 malam. Hadirin kemudian bersolat berjemaan Maghrib dan Isya’ bersama-sama YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus al-Qadri. Sebagaimana yang diketahui, ilmu tasawuf adalah satu daripada cabang ilmu Islam. Tumpuan ilmu ini ialah untuk membersihkan hati supaya kita bersungguh-sungguh ketika beribadat kepada Allah. Ibadah bukan hanya setakat melaksanakan rukun Islam yang lima tetapi mencakupi setiap pekerjaan seharian kita yang diniatkan kerana Allah SWT. Justeru, Islam itu merupakan al-Din, iaitu cara hidup. Cara hidup yang diredhai oleh Allah pasti mendapat pertolongan-Nya sehingga memberi ketenangan jiwa. Dari jiwa yang tenang dan bersih ini maka lahirlah akhlaq mahmudah yang dapat membina masyarakat sejahtera. Selain pembentangan kertas, program ini turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Anak-anak Yatim Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat. Seramai 500 orang telah hadir pada Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pada kali ini. Pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Tunku Isteri serta semua pihak yang terlibat dalam menjaya bicara sufi tersebut seperti Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah & Tanah Tampin, Majlis Daerah Tampin, Pejabat Agama Islam Daerah Tampin, Pejabat Penerangan Daerah Tampin, Jurutera JKR Daerah Tampin, Pejabat Penerangan Daerah Tampin, SAINS Wilayah Rembau Tampin, TNB Cawangan Tampin, dan semua pihak yang terlibat secara tidak langsung. |






