| Persidangan Anggota Jilsah Turuq Al-Sufiyyah |
![]() 24 Januari 2010, Seremban- Satu jawatankuasa kacil yang dinamakan Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan Darul Khusus telah ditubuhkan pada tahun 2006. Penubuhan ini berdasarkan peruntukan sub-seksyen 41A.(1),
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2005. Jilsah Turuq al-Sufiyyah ini bertanggungjawab untuk menyediakan kertas syor kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dalam membuat keputusan berhubung permohonan Pendaftaran Tarekat dan menjadi tempat rujuk kepada semua perkara yang berkaitan dengan tarekat tasawwuf. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 3/1430, bersetuju melantik beberapa orang pakar bagi menganggotai jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri. Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada;
No. 97, Jln Tok Ungku, 70100 Seremban
14 70400 Ampangan Seremban.
C1-GF-R No. 24 Persiaran Duta, Taman Duta 50480 Kuala Lumpur
A 91 Kampung Melayu Seri Kundang Tasik Biru Kuang 48050 Rawang
Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Simpang 347 Jalan Pasar Baharu Gadong BE1310
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus Gong Badak 21300 Kuala Terengganu Sehubungan dengan itu, satu majlis pentauliahan anggota Jilsah ini telah diadakan pada 22hb Januari 2010 di Klana Resort, Seremban. Pada 23hb Januari 2010, anggota jilsah ini telah bersidang untuk membincangkan satu permohonan Pendaftaran Tarekat di Negeri Sembilan ini. Disebelah malamnya pula satu kertas laporan dan syor berhubung permohonan tersebut telah disediakan dan ianya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang akan datang. ![]() |



