| Bicara Sufi di Balai Undang Luak Johol |
![]() 25hb Disember 2009, Johol- Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Undang Luak Johol telah menganjurkan program Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Johol. Ketua-ketua jabatan peringkat daerah dan Dato’-dato’ Lembaga adat Luak Johol telah membanjiri perkarangan Balai seawal jam 7.00 malam. Hadirin kemudian bersolat berjemaah Maghrib dan Isya’ bersama-sama YTM Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Hj. Mohd Jan bin Hj. Abdul Ghani. Program ini diadakan bertujuan mendekatkan golongan raja, pembesar negeri dengan golongan masyarakat dan rakyat tempatan serta memperkenalkan amalan kerohanian yang terdapat di dalam tarekat tasawuf sebagai satu kaedah dan cabang penyatuan orang-orang melayu amnya dan orang Islam khasnya. Sambutan daripada masyarakat setempat yang hadir ke Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Johol sangat menggalakkan. Seramai 600 orang hadirin memenuhi ruang perkarangan Balai sehingga tamat majilis. Pihak Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengucapkan jutaan penghargaan kepada YTM Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Hj. Mohd Jan bin Hj. Abdul Ghani, YM Dato’ Baginda Tan Mas, Dato’ Mohammad bin Abdullah dan semua pihak yang terlibat dalam menjaya bicara sufi tersebut seperti Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah, Pejabat Daerah & Tanah Tampin, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Tampin, Pejabat Agama Islam Daerah Tampin, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Pejabat Agama Islam Wilayah Johol, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, Jurutera JKR Daerah Tampin, Jurutera JKR Daerah Kuala Pilah, dan semua pihak yang terlibat secara tidak langsung.
|


