| Program Tafaqquh kali ke 2 di Klana Resort |
![]() Pada 18 Oktober 2009 bersamaan 28 Sauwal 1430H, Program Tafaqquh kali ke 2 telah diadakan di Klana Resort,Seremban. Program bermula pada
pukul 9 pagi hingga 5 petang. Program ini dihadiri seramai 60 orang peserta, terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa negeri, ahli-ahli Panel Penyelidik Fatwa, pegawai-pegawai Jabatan Mufti, pegawai-pegawai JHEAINS, pegawai-pegawai agama Islam Daerah dan pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Program kali ini diketuai oleh seorang tokoh terkenal di nusantara pada masa kini, iaitu Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari a-Makki. Program ini berteraskan kitab yang ditulis oleh beliau yang bertajuk "Zubdah al-Qawaid al-Fiqhiyyah" yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Tujuan program ini adalah untuk memberi gambaran umum berhubung topik perbahasan selain menambah maklumat kepada peserta berkaitan kaedah-kaedah penting yang sering diperkatakan dan terselit di celahan kitab-kitab syarak. Sesi soal-jawab juga diselitkan untuk peserta menyanya berkenaan topik yang dibincangkan.
Program ini telah berjalan dengan lancar dan upacara penutup telah dirasmikan oleh S.S. Dato' Mufti dan disudahi dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta. ![]() Dato' Mufti (bersongkok) dan Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Peserta-peserta program yang hadir Marbu al-Banjari a-Makki(berserban) ![]() Tuan Syeikh sedang menyampaikan kandungan program Dato' mufti menyampaikan cenderahati kepada Tuan Syeikh |




