Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

Cerapan Anak bulan Ramadhan 1430H

Pada 20 Ogos 2009 bersamaan 29 Sya'ban 1430H, Majlis Cerapan Anak bulan Ramadhan 1430H telah diadakan di Baitul Hilal, Telok Kemang, Port Dickson. Keputusan pada hari itu anak bulan tidak kelihatan kerana anak bulan terbenam dahulu sebelum matahari dan Syaaban digenapkan kepada 30 hari dan awal Ramadan bermula Sabtu iaitu 22 Ogos. keputusan tersebut telah disahkan oleh ahli-ahli AJK Rukyah yang hadir pada hari itu antaranya Dato' Mufti Negeri Sembilan, Ketua Hakim Syarii dan Pengarah JUPEM.