Pada 19 Julai 2009 yang lepas anggota NETT (National Eclipse Tracking Team) yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan individu telah berlepas ke Hangzhou, China untuk melakukan cerapan gerhana matahari penuh.
Rombongan seramai 38 orang ini adalah terdiri daripada Jab. Mufti Negeri Sembilan, Jab Mufti Selangor,Jab. Mufti Terengganu, Jab.Fizik Universiti Malaya, Bahagian Penyelidikan JAKIM, JUPEM Malaysia, Instun dan beberapa orang individu. .Jab. Mufti Negeri Sembilan diwakili oleh Ustaz Ahmad Zaki b. Hj Hamzah dan Encik Ramli b. Ahmad.