Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

Latihan Cerapan Gerhana Matahari Di Balai Cerap Negara Langkawi

Pada 15hb hingga 16hb Jun 2009 yang lepas, 3 orang kakitangan unit falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah dijemput ke Balai Cerap Negara, Langkawi untuk latihan cerapan sempena Gerhana Matahari Penuh yang akan berlaku di Hangzhou, China.
Selain Jabatan Mufti Negeri Sembilan, latihan ini juga telah disertai oleh Bahagian Penyelidikan Jakim, Universiti Malaya, Jabatan Mufti Selangor dan JUPEM Malaysia serta beberapa orang individu yang berminat dengan aktiviti cerapan.

Latihan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi teknik cerapan anggota-anggota NETT yang terdiri daripada Jabatan Mufti seluruh Negara, Jabatan Fizik Universiti Malaya dan juga pihak JAKIM. Anggota kumpulan NETT ini akan menyertai ekspedisi  Gerhana Matahari Penuh di China yang dijangka akan berlaku pada pada 22hb Julai 2009 yang akan datang. Gerhana matahari ini adalah merupakan gerhana matahari yang paling lama dalam abad ini dan dijangka akan berlaku selama 5 minit.

Selain latihan praktikal, satu mesyuarat untuk menentukan pembahagian tugas kepada anggota NETT juga telah diadakan, disamping penentuan alat-alat yang akan dibawa pada hari cerapan. Setiap peralatan yang akan dibawa oleh setiap anggota perlu disenaraikan bagi memudahkan urusan pemeriksaan pihak kastam dan imigresen di Negara China nanti.