Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

NOTE: To use the advanced features of this site you need javascript turned on.

Lawatan Jab Mufti Melaka


Pada 10 Jun 2009, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan daripada 15 orang wakil daripada Jabatan Mufti Melaka.Kehadiran mereka adalah untuk menjalin hubungan muhibbah dan kerjasama dengan pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

serta mempelajari dan mendapatkan maklumat berkaiatan pengurusan fatwa, pandangan hukum dan hal-hal yang berkaitan kearah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Kesemua tetamu yang hadir telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberikan sedikit taklimat daripada Ustaz Ahmad Zaki, Penolong Mufti Bahagian Runding Cara dan Aqidah Islamiyah dan kemudiannya di susuli pula ucapan daripada Mufti Negeri Sembilan serta sesi soal jawab. Setelah selesai kesemuanya, para tetamu yang hadir dijamu makan tengahari bersama mufti dan kakitangan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. klik untuk gambar