Sat04292017

Last updateWed, 22 Mar 2017 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Program Multaqa Pemegang Tauliah Mengajar Agama di Negeri Sembilan Siri 2/2016

Program Multaqa Penerima Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan Siri 2/2016 telah diadakan pada 7 September di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif Program Multaqa adalah untuk mempertingkatkan kompetensi pengajaran dan pembelajaran kalangan tenaga pengajar bertauliah di Negeri Sembilan, mewujudkan platform perbincangan harmoni antara penerima tauliah dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, menyelaraskan kefahaman berkaitan hukum syara’ dan fatwa yang dikeluarkan dan menjelaskan kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Sembilan (2012) dan pindaan-pindaan serta maklumat-maklumat semasa berkaitan Peraturan ini.

Pembentangan 1, Kertas kerja bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah & Permasalahan Khilafiyah yang dibentangkan oleh Ustaz Abdullaah bin Jalil Pensyarah Kanan USIM. Pembentangan 2, Kertas kerja bertajuk Memahami Tauhid 3 juga dibentangkan oleh Ustaz Abdullaah bin Jalil.

 

YBhg. Tuan Haji Kamal Amran bin Kamarudin Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menyempurnakan majlis penutupan program ini. Lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada pemegang tauliah mengajar di Negeri Sembilan menghadirinya. Harapannya semoga program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan melahirkan para pengajar agama bertauliah yang mempunyai kompetensi pengajaran yang selaras dan berketrampilan tinggi.

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427