Mon10232017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Bengkel Intensif Usul al-Fiqh (Daurah 2 - 2016)

Jabatan Mufti Negeri Sembilan melalui Bahagian Fatwa meneruskan siri bengkel Intensif Usul al-Fiqh (Daurah 2 - 2016) pada  10 dan 11 Ogos 2016  bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.

Bengkel Intensif Usul al-Fiqh ini dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk membangunkan modal insan jabatan Mufti dan institusi fatwa menerusi penguasaan ilmu khusus dalam bidang kefatwaan, memperkukuhkan profesionalisme Pegawai Hal Ehwal Islam, menghidupkan turath ilmu Islam menerusi sistem pembelajaran secara talaqqi dan berdasarkan kitab bahasa Arab yang muktabar dan membuka ruang perbincangan harmoni dalam kalangan pegawai pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan.

Bengkel ini dikendalikan oleh YBhg. Dr. Muhammad Adib bin Samsudin, Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia secara talaqqi kitab dan menghuraikan perbahasan berasaskan kepada buku tulisan Dr. Abdul Kareem Zaidan, al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh.

Peserta bengkel yang hadir terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Para peserta telah memberi komitmen yang penuh terhadap bengkel ini. Harapannya semoga program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Upacara penutupan program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427