Mon06182018

Last updateMon, 21 May 2018 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Ahlan! Ahlan Ya Ramadhan!

Mari kita membaca dan menghayati sebuah hadith bagi menyambut Ramadhan yang akan tiba.

 

عَنْ سَلْمَانَ: قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ، فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ! قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ، شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةَ وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِى مَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً مَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرُ وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الجَنَّةُ، وَشَهْرُ المُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يُزَادُ فِيهِ رِزْقُ المُؤْمِنِ فِيهِ، وَمَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ، قَالُوا: يَا رَسُولُ اللهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يُعْطِى اللهُ هَذَا الثَّوَابُ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ مُذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ غَفَرَ اللهُ لَهُ وَاَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاستَكْثَرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبُّكُمْ، وَخَصْلَتَيْنِ لاَ غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا، فَأَمَّا الخَصْلَتَانِ اَللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبُّكُمْ فَشَهَادَةُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا الخَصْلَتَانِ اَللَّتَانِ لاَ غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَتَسْأَلُونَ اللهَ الجَنَّةَ وَتَعَوَّذُونَ بِهِ مِنَ النَّارِ، وَمَنْ سَقَى صَائِمًا سَقَاهُ اللهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الجَنَّةِ.

 

(Riwayat al-Baihaqi, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah)

 

 

Yang bermaksud, Daripada Salman r.a, pada hari terakhir Sya‘aban Rasulullah saw berkhutbah kepada kami dan bersabda “Wahai sekalian manusia! Kini muncul kepada kamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat, terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulan Allah memfardhukan puasa di siang hari dan menjadikan solat taraweh sebagai sunnah di malam harinya. Sesiapa ingin menghampirkan dirinya kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik di bulan ini maka akan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardhu di lain-lain bulan pada tahun itu. Dan barang siapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah (syurga). Inilah juga bulan simpati terhadap sesama lainnya, di bulan inilah rezeki orang beriman di tambah. Barang siapa memberi makan orang (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalasi dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan pembebasan daripada api neraka Jahannam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”. Maka kami pun berkata: “Wahai Rasulullah, tidak semua daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa itu bagi berbuka puasa”. Rasulullah menjawab: “Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada sesiapa yang telah memberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka sekali pun dengan sebiji tamar atau seteguk air atau pun sekali sisip susu”. Inilah bulan yang pada permulannya membawa kerahmatan Allah, pada tertengahannya memperolehi  keampunan dan akhirnya mendapat kebebasan api neraka Jahannam. Barang siapa meringankan bebanan ke atas hamba-hambanya di dalam bulan ini, Allah akan meringankannya dan membebaskannya daripada azab api neraka. Dan di dalam bulan ini kita hendaklah melakukan terus sebanyak-banyaknya akan empat perkara, dua daripadanya untuk mendapat keredhaan Allah sementara dua perkara lagi  yang mana ia bukan di bawah penguasaan kamu. Dua perkara untuk mendapatkan keredhaan tuhan kamu itu ialah kamu bersaksi tiada sesuatu pun yang layak disembah kecuali Allah (bermaksud berzikir dengan  لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ)  dan perbanyakkan istighfar. Dan dua perkara lagi yang mana ia bukan di bawah penguasaan kamu ialah hendaklah kamu memohon pengharapan kepada Allah untuk memasuki syurga dan meminta perlindunganNya daripada neraka. Dan barang siapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, Allah akan memberinya minum daripada telagaku di mana selepas meminumnya dia tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga.

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427