Mon08212017

Last updateTue, 15 Aug 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Syair al-Iktiraf

Syair al-Iktiraf

 

Abu-Nuwas al-Hasan bin Hani al-Hakami (750-810), dikenali sebagai Abu Nawas atāu Abū-Nuwās (ابو نواس), adalah salah seorang penyair Arab yang agung dan sangat masyhur pada zaman Bani Abbasiyyah (Khalifah Harun al-Rashid). Dilahirkan di bandar Ahvas di Parsi, berketurunan Arab dan Parsi, beliau menjadi seorang yang ahli di dalam puisi Arab ketika itu. Antara syair beliau ialah:

 

 

 

 SYAIR ABU NAWAS KETIKA SEDANG NAZAK

 == من قول أبى نواس حين قربت إليه الوفاة === :

 

 

اِلٰهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً

*

وَلاَ أَقْوَي عَلَي النَّارِ الْجَحِيْمِ

فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِي

*

فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَنْبِ الْعَظِيْمِ

وَعَمِّلْنِي مُعامَلةً الْكَرِيْمِ

*

وَثَبِّتْنِي عَلَي النَّهْج الْقَوِيْمِ

ذُنُوْبِي مِثْلُ أَعْدَادِ الرِّمَالِ

*

فَهَبْ لِي تَوْبَةً يَا ذَاالْجَلالِ

وَعُمْرِي نَاقِصٌ فِي كُلِّ يَوْمٍ

*

وَذَنْبِي زَائِدٌ كَيْفَ احْتِمَالِي

اِلٰهِي عَبْدُكَ الْعَاصِي اٰتَاكَ

*

مُقِرًّا بِالذُّنُوْبِ وَقَدْ دَعَاكَ

إِنْ تَغْفِرْ وَأَنْتَ لِذَاكَ أَهْلٌ

*

وإِنْ تَتْرُدْ فَمَنْ نَرْجُو سِوَاكَ

 

Yang bermaksud,

 

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga Firdaus*

Namun, aku tidak kuat dengan panasnya api neraka

 

Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku*

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

 

Perlakukanlah aku sebagaimana perlakuan Tuhan Yang Maha Mulia*

Dan teguhkan aku di atas manhaj yang lurus

 

Dosaku seperti jumlah pepasir*

Maka berilah aku  taubat Wahai Pemilik Keagungan

 

Umurku berkurangan setiap hari*

Sedangkan dosaku makin bertambah, bagaimana untuk aku menanggungnya

 

Ya Tuhanku, hamba-Mu yang berdosa ini datang kepada-Mu*

Mengakui dosa-dosa yang ku lakukan dan memohon kepada-Mu

 

Seandainya Engkau mengampuni, memang Engkaulah Pemilik Keampunan*

Dan seandainya Engkau menolak taubatku, kepada siapa lagi untuk aku berharap selain  kepada-MU

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427