Thu05252017

Last updateThu, 25 May 2017 11am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Tokoh Ulamak Tareqat ALLAHYARHAM TUAN GURU GALAU Haji Zakaria Mohd Kari ( 1882 – 1954)

ALLAHYARHAM TUAN GURU GALAU Haji Zakaria Mohd Kari ( 1882 – 1954)

ALLAHYARHAM TUAN GURU GALAU

Haji Zakaria bin Mohd Kari ( 1882 – 1954)

Disusun oleh

Unit Buhuth Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan



Haji Zakaria bin Mohd Kari juga dikenali dengan panggilan Fakih Kiak atau Tok Guru Galau. Galau adalah satu kampung tidak jauh dari pekan Seri Menanti. Beliau dari suku Tanah Datar Seri Menanti iaitu orang lingkungan Istana. Beliau dilahirkan pada tahun 1882 Masihi bersamaan 1299 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Seri Menanti, Kuala Pilah. Beliau berumahtangga dengan Aisyah bt Toha dan dikurnikan 7 cahaya mata iaitu Hj. Abdullah (meninggal di Mekah), Hj. Mahmad (meninggal di Mekah), Hj. Mukhtar (meninggal di Mekah), Hj. Yahya (meninggal di Mesir), Hjh. Kalsom, Hjh. Fatimah dan Hj. Hafidz.


Pendidikan


Tok Guru Galau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti dan kemudiannya berguru dengan Allahyarham Tuan Haji Darun Haji Ibrahim. Bagi meluaskan pengetahuan ilmu agamanya, beliau mengaji pula di sekolah pondok di Patani selama 10 tahun. Selepas itu beliau berguru pula dengan Tuan Guru Haji Che’ Dol atau lebih dikenali Tuan Guru Che Doi di Gajah Mati, Kedah Darul Aman selama 10 tahun lagi. Nama penuh beliau ialah Haji Ismail bin Mustafa al Fathani. Beliau merupakan pengasas pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah. Gurunya ini merupakan anak murid kepada ulama terkenal iaitu Tok Wan Din al Fathani atau Syeikh Wan Muhamad Zainal Abidin yang berasal dari Kampung Sena Janjar, Pattani ( lahir tahun 1233H/ 1817 dan meninggal dunia pada 18 Zulhijjah 1325 / 21 Januari 1908). Sewaktu Tok Guru Galau menunaikan haji antara tahun 1925 hingga 1927, beliau mengambil kesempatan belajar lagi di Mekah Al Mukarramah. Tuan Guru Galau menimba ilmu dengan ulama melayu terkenal di sana iaitu Tuan Guru Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Pak De ‘E.



Mengajar

Apabila kembali ke kampung halamannya, Tuan Guru Galau membuka pondok pengajian di perkarangan Masjid Galau. Di samping itu, beliau mengajar di beberapa buah masjid dan surau sekitar Daerah Kuala Pilah. Antara anak didik beliau yang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan ialah Tuan Haji Ali yang merupakan bekas Kadi Daerah Kuala Pilah dan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Sembilan.

 

Di pondok, Tuan Guru Galau mengajar berbagai cabang ilmu agama. Beliau terkenal dengan kepakaran dalam bidang nahu dan Bahasa Arab. Antara kitab yang diajar oleh beliau di pondok tersebut ialah kitab al-Mukhtasar dan Kawakib Mutammimah ( kitab Nahu ), Faridah al Faraid ( ilmu Tauhid ) dan Matla’ al-Badrain (kitab Fiqh ). Tuan Guru Galau juga seorang yang alim dalam bidang al-Quran sehingga beliau mampu mendengar dan memperbetulkan bacaan 2 orang yang mengaji al-Quran di hadapannya sekali gus.

 

Pada setiap minggu pula, beliau mengadakan kuliah tasawwuf yang dihadiri bukan sahaja penduduk setempat, malah yang tinggal di luar Daerah Kuala Pilah. Tuan Guru Galau merupakan Syeikh kepada Tarikat Syatariah dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau mengambil Ijazahtarikat tersebut di Pattani atau Mekah. Pada setiap hari Khamis malam Jumaat pula, pengikut-pengikut Tarikat Syatariah akan berkumpul dan mengadakan majlis zikir di pondok Masjid Galau.

 

Kealiman, ketinggian ilmu agama dan keperibadian akhlak beliau memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Mengikut sumber, beliau pernah mendapat tawaran menjadi Kadi Daerah Kuala Pilah tetapi beliau menolaknya kerana beliau lebih selesa mencurahkan ilmunya secara bebas.



Keistimewaan

 

Tuan Guru Galau juga terkenal dengan keistimewaan dan karamat beliau. Menurut Ustaz Yusof bin Musa berusia 78 tahun yang merupakan salah seorang anak murid beliau, ketika Tuan Guru Galau masih hidup, kolam dan perigi di Masjid Galau tidak pernah kering walaupun pada ketika itu kemarau selama 5 bulan.

 

Pada ketika zaman pemerintahan Jepun, pondok pengajian Tuan Guru Galau tidak pernah dikacau oleh tentera Jepun. Selain itu, beras simpanan beliau juga tidak pernah  dirampas dan sentiasa cukup. Sesiapa yang bertembung dengan Tuan Guru Galau di jalanan pasti akan turun dari basikalnya sebagai tanda hormat kepada beliau tidak kira sama ada orang itu berbangsa Melayu, Cina atau India. Diceritakan, Tuan Guru Galau pernah meredah hujan untuk ke tempat beliau mengajar dan apabila tiba di sana didapati pakaian beliau tidak basah.

 


Meninggal Dunia        


Tok Guru Galau meninggal dunia dalam tahun 1954 ketika berusia 72 tahun dan disemadikan di Tanah perkuburan Tanjung Sepam, Seri Menanti. Ketika meninggal dunia, Mufti pada ketika itu Syeikh Haji Ahmad Mohd Said tidak membenarkan jenazah Tuan Guru Galau dimakamkan di perkarangan Masjid Galau, sebaliknya meminta jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Islam yang berhampiran supaya orang yang dikebumikan di sekeliling tanah perkuburan beliau turut mendapat keberkatan. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya…… Al-Fatihah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber maklumat dan kajian:

 

1)       Temuramah bersama Ustaz Hafidz bin Haji Zakaria anak lelaki Tuan Guru Galau di kediamannya di Kg. Umor, Sri Menanti pada 11 Januari 2007.

2)       Temuramah bersama Ustaz Yusof bin Musa bekas anak murid Tuan Guru Galau di kediamannya Kg. Bukit Senaling, Ulu Pilah pada 14 Januari 2007.

3)       Website  : http://sungaiujung.blogspot.com/

 

 

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

 

 

 

NAMA

 

ALAMAT

 

NO TELEFON

 

 

 

Ustaz Haji Hafidz b Haji Zakaria

 

( anak lelaki tuan guru Galau )

 

 

 

 

No.8, Kg. Umor, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah

 

 

 

 064979287

 

 

 

Ustaz Haji Yusof Musa

 

( anak murid tuan guru Galau )

 

 

 

 

 

 

No 20 A, Kg Bukit, Senaling, Ulu Pilah 70200 Kuala Pilah

 

 

 

 

 

     06-4979613

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427