Mon10232017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Tokoh Ulamak Tareqat Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan (1907-1997)

Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan (1907-1997)

Allahyarham Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan (1907-1997)

 

Ehsan daripada:

Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff

 

 

 

Latar Belakang Dan Pendidikan :-

 

Tuan Guru Hj. Ibrahim bin Mohd Dahan telah dilahirkan di Kampung Sri Lemak, Rembau pada 1907. Bapanya Encik Mohd Dahan bin Hassan dan ibunya pula Lijah bin Mohd Arshad.

 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Salak Nama pada tahun 1916-1922 dengan kelulusan darjah 5. Mula mengaji Al-Quran di kampung dengan guru Tuan Mumkin Dhahir bin Darus dan mendalami ilmu Tajwid dengan Tuan Haji Mahmud bin Haji Mustafa.

 

Mula belajar Kitab dan Bahasa Arab dengan Tuan Guru Haji Mustafa bin Hj. Mohd di surau Pekan Chengkau, Masjid Sri Lemak dan Masjid Pekan Rembau.

 

Pada tahun 1925-1930 beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah  Arab Al-Hamidiah, Alor Setar, Kedah. Di sini beliau telah belajar ilmu Falak dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik Sheik Al-Islamiah, Syeikh al-Islam Kedah. Tahun 1930 menyambung pelajaran cara pondok Air Hitam Kedah selama satu setengah tahun.

 

Kemudian melanjutkan pelajaran di Kelantan di Kota Bharu selama 4 tahun. Di sini beliau telah belajar dengan beberapa orang guru yang terkenal dan mendalami pelajaran ilmu Falak dan beliau juga sempat belajar dengan Tuan Guru Allahyarham Tok Awang Kenali selama beberapa bulan sebelum Tuan Guru Awang Kenali meninggal dunia

 

 

Khidmat Dalam Masyarakat : -

 

Pada akhir tahun 1935 beliau telah balik ke kampung semula. Tahun 1936 mula mengajar dan membuka Pondok di Kampung Bongek, selain itu beliau juga mengajar Madrasah Pekan Tampin dan beberapa tempat lagi di Johol dan Pulau Sebang.

 

Pada tahun 1946, beliau telah menubuhkan Madrasah Islamiah Bongek, dari tahun 1946 sehingga 1959, Madrasah ini telah mengadakan Ikhtifal setiap tahun. Antara pembesar dan penyampai Agama yang penah hadir dalam Ikhtifal ini temasuk :

 

  1. Allahyarham Tuan Hj. Ahmad Fuad.
  2. Allahyarham Profesor Zulkefli Mohd.
  3. Allahyarham Doktor Borhanuddin Helmi.
  4. Allahyarham Mohd Fadihalluah Suhaimi.

 

Pada tahun 1949, beliau berangkat ke Tanah Suci Mekah. Selain menunaikan ibadat haji, beliau mengambil kesempatan belajar kitab Al-Ahzab serta menerima amalan Tariqat Ahmadiah sehingga beliau diijazahkan serta bertauliah pula untuk mengajarkannya. Guru yang mengajar beliau ialah Tuan Guru Shafie Kedah. Selain itu, semasa di Mekah, Hj.Ibrahim sempat juga berguru dengan Tuan Guru Sulaiman Ambon.

 

Beliau menerangkan mengenai kedudukan salasilah Guru Tariqat Ahmadiah ialah: Ia dinisbahkan kepada Ahmad Idris atau Sidi Ahmad. Beliau mempunyai murid bernama Ibrahim al-Rashidi dan Ibrahim al-Rashidi pula mempunyai tiga orang murid iaitu: Ismail Nawab (guru kepada Tok Shafie Kedah), yang kedua Muhammad al-Dandarawi (guru kepada Allahyarham Tuan Sheikh Mohd Said) dan yang ketiga Mohd Salleh.

 

Pada tahun 1962 hingga 1968 beliau mengajar agama di Sekolah Menengah Undang Rembau. Pada tahun 1969 beliau dilantik memegang jawatan Inspektor Zakat Fitrah Baitullmal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 

Pada tahun 1974 beliau berpeluang sekali lagi mengerjakan Haji ke Makkah dengan kapal terbang dan seterusnya berpeluang mengerjakan Umrah dan ziarah ke negeri Mesir,Turki,danIndia.

 

Di antara rakan-rakan yang pernah sepengajian dengan beliau ialah :-

 

1.       Tuan Hj. Abdul Ghani ( Guru Mengajar Pondok Pasir Mas, Kelantan ).

2.       Tuan Hj. Abdul Aziz Ibrahim ( Pendang, Kedah )

3.       Tuan Hj. Abdul Wahid ( Sungai Udang, Melaka )

4.       Tuan Hj.Salleh Kemboja

5.       Tuan Hj. Muhammad Yatim ( Hulu Gadong ).

 

Berjihad menyebar ilmu pengetahuan kepada masyarakat Islam Negeri Sembilan. Hampir setiap hari dan setiap malam dipenuhi dengan jadual mengajar. Berikut ialah jadual beliau mengajar :-

 

 

 

 

HARI

 

MASA

 

TEMPAT MENGAJAR

 

Ahad

- Kuliah Subuh

- Petang

- Malam

- Masjid Pekan Rembau

- Surau Selemak

- Masjid Kampung Batu

Isnin

- Pagi

- Petang

- Madrasah dirumahnya

- Masjid Bongek

Selasa

- Petang

- Disurau Kampung Lada

 

Rabu

- Pagi

- Petang

- Malam

- Dimadrasahnya ( khas untuk orang bersara)

- Masjid Pulau Sebang.

- Surau Tampin Jaya.

Khamis

- Pagi

- Petang

- Malam

- Mengajar dirumah Undang

- Masjid Selemak

- Masjid Chengkau

Jumaat

- Pagi

- Petang

- Malam

- Masjid Keru

- Masjid Jamik Tampin

- Masjid Tebong

Sabtu

- Pagi

- Petang

- Malam

- Mengajar di rumah Hj. Borhan ( Tampin )

- Masjid Johol

- Masjid Bukit Rokan

 

 

Penulisan :-

 

            Di samping belajar, mengajar dan berdakwah beliau sempat mengarang beberapa risalah buku :-

 

1.       Kitab Nurul-Aulad, tahun 1989 dikeluarkan dengan kebenaran daripada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan diulang cetak pada tahun 1949, 1952, 1963, 1975 dan 1991.

 

2.      Menyusun Taqwim Solat yang bolah digunakan sepanjang masa bagi kawasan Negeri Sembilan,Selangor dan Melaka dalam tahun 1954.

 

 

3.      صلاح الغلمان في عبادة رب الرحمن " Tahun 1976. Risalah kecil mengandungi Doa,Waktu Solat, dan Arah Qiblat.

 

 

4.      Menerbitkan risalah dan kertas lambaran mengerjakan Haji dan Umrah serta bacaan Khutbah hari Jumaat dan hari Raya Puasa.

 

 

 

 

 Penghargaan :-

           

Walaupun usia telah mengjangkau 85 tahun, tetapi beliau masih gigih. Sebagai penghargaan khidmat dalam masyarakat Islam Negeri Sembilan, khususnya masyarakat Rembau, beliau telah dianugerahkan sebaga tokoh pengkhidmat masyarakat Daerah Rembau pada 16 hb Oktober 1988 oleh Yang teramat Mulia Dato' Undang Luak Rembau dan Pentadbir Daerah Rembau.

 

 

Meninggal Dunia:-

 

Tuan Guru Hj.Ibrahim telah meninggal dunia pada 3 Ogos 1997. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya…… Al-Fatihah.

 


 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427