Sun10222017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Koleksi Kertas Kerja Doa Menadah Ke Langit

Doa Menadah Ke Langit

 

Kenapa kita menadah tangan ke langit ketika berdoa?[1]

 

Dinyatakan dalam kitab (روح البيان)[2] pada mentafsirkan surah al-Baqarah dengan firmanNya,

 

 

وَلِلَّهِ المَشْرِقُ وَالمَغْرِبُ، فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللهِ، إِنَّ اللهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (115)

Yang bermaksud, Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka kemana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui[3].

 

Sebagaimana yang dinaskan, berkata Mujahid dan al-Hasan: Tatkala turun firman Allah,

 

وَقَالَ رَبَّكُمُ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Yang bermaksud, Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.[4]

 

Bertanya para sahabat, ke arah mana mereka hendak berdoa? Maka Allah menurunkan ayat,

 

وَلِلَّهِ المَشْرِقُ وَالمَغْرِبُ، فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللهِ، إِنَّ اللهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (115)

Yang bermaksud, Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka kemana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

 

Yang bermaksud Allah itu tanpa kedudukan dan arah. Maka timbul persoalan, apakah ertinya kita mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa sedangkan Allah itu suci daripada berarah dan bertempat?

 

Maka kami menjawab: Sesungguhnya para nabi dan aulia’ melakukan begitu bukanlah bermaksud bahawa Allah itu bertempat bahkan ianya bermaksud bahawa perbendaharaan Allah berada di langit sebagaimana firmanNya,

 

وَفِى السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ (22)

Yang bermaksud, Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.[5]

 

Firman Allah lagi,

 

وَإِنْ مِنْ شَىءٍ إِلاَّ عِنْدَنَا خَزَآئِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَعْلُومٍ (21)

Yang bermaksud, Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya, dan Kami tidak menurunkan melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.[6]

 

Maka ‘Arsy adalah tempat Istiwa’ sifat Rahmaniyyah. Justeru, mengangkat tangan ke arah langit ketika berdoa bermaksud orang yang meminta mengarahkan permintaannya kepada perbendaharaan penguasa dan memohon agar penguasa memberikannya satu pemberian daripada perbendaharaan tersebut.

 

 

والله أعلم



[1] Al-Aurad al-Da’imah Ma’a al-Solawat al-Qo’imah, Muhammad Abu al-Yusri ‘Abidin, Maktabah al-Ghazali, 1991, hlmn 18

[2] Tafsir Ruh al-Bayan, al-Imam Ismail Haqqiy al-Barusawiy, Dar al-Fikr, jld 1, hlmn 210.

[3] Al-Baqarah 115

[4] Ghafir 60

[5] al-Zariyyaat 22

[6] al-Hijr 21

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427