Sun11232014

Last updateFri, 21 Nov 2014 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Koleksi Kertas Kerja Penjelasan Lafaz Zikir ( هُوَ )

Arkib

Penjelasan Lafaz Zikir ( هُوَ )

OLEH: SYAIFUL NIZAM BIN MD JAN
PENOLONG MUFTI BAHAGIAN TAREKAT TASAWUF/PENDAFTAR TAREKAT NEGERI SEMBILAN

 

 

ZIKIR (  هُوَ  )

 

 

Ketahuilah bahawa zikir terbahagi kepada tiga bahagian[1]:

 

Pertama: Nafi dan Ithbat (  نفى وإثبات  ).

 

Pada perkataan kamu (  لا اله إلا الله  ), maka padanya penafian yang batil disembah iaitu (  لا اله  ) kemudian diithbatkan dengan yang berhak disembah iaitu perkataan (   إلا الله  ).

 

Kedua: Ithbat tanpa Nafi (إثبات بغير نفى   ).

 

Iaitu nama Allah taala (  الله  ), padanya Ithbat sesungguhnya Dialah wajib al-Wujud dan merupakan nama Allah yang paling agung di sisi kebanyakan ulamak. Oleh itu sebahagian daripada mereka berkata,

 

اسم إذا قرع القلوب تمايلت                     طربا وتمت بالنفى أسرارها

وإذا ابتدأت بذكره فى حضرة                   حضر السرور بها وطاب مزارها

           

Ketiga: Ithbat tanpa dinyatakan Nafi dan Ithbat (  إثبات بغير تعرض لنفى ولا إثبات  ).

 

Ia merupakan zikir secara Isyari (  ذكر الإشارة  ) dengan namaNya (  هُوَ  ). Oleh kerana sentiasa berzikir al-Jalalah ( lafaz  الله ) menyebabkan tersedar hati (  اليقظة  ), pembaharuan iman dan mengilatkan hati. Nama taala (  الله  ) menyebabkan seseorang itu keluar dari darjat tersedar hati kepada hadir bersama Allah. Zikir (  هُوَ  ) menyebabkan dia menghilangkan/membuang selain daripada Allah (makhluk) ketika berzikir.

 

Justeru, hendaklah seorang murid menyucikan hati dan tangan ketika berzikir supaya jauh daripada kesibukan-kesibukan makhluk, bertawajjuh sepenuh hati kepada yang diingatkan serta menjaga diri daripada riak.

 

Menurut al-Imam Abdul Halim Mahmud[2], lafaz (هُوَ  ) merupakan sebahagian daripada nama Allah taala yang warid secara tulen lagi jelas.

 

Beribadah dengan lafaz ini dengan menggambarkan (niat) hal keadaan dirinya yang tiada kemampuan dan berada dalam kekuasaan Allah serta keagunganNya. Dia merasa ketakutan kepada Allah sehingga tidak mampu menyebut namaNya dan hanya yang mampu  disebut olehnya ialah lafaz (هُوَ  ) iaitu ganti nama  (  الضمير  ) sebagai isyarat dan bukan secara jelas (menyebut nama Allah). Lafaz (هُوَ  ) seandainya bukan daripada nama-nama Allah tetapi ianya pada fikiran ‘Abid dan pada lubuk hatinya ianya ditujukan dan dimaksudkan adalah Allah swt. Hal ini berlaku disebabkan ketakutan ( الخشية ) yang menyelubungi seseorang ‘Abid pada suatu tempoh waktu di mana dia tidak mampu untuk menyebut nama Allah secara jelas (  الصريح  ). Sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada asas perasaan (iaitu perasaan takut) dalam agama, maka tidak sepatutnya kita mengharamkannya.

 

 

PENGITHBATAN ALLAH PADA LAFAZ (  هُوَ  ).

 

Allah mengkhabarkan kepada kita sifat-sifatNya dengan makna Qadim yang ada pada zatNya dengan bahasa Arab melalui kalamNya yang Qadim (al-Quran) serta disampaikan melalui lisan RasulNya saw. Sesungguhnya semua lafaz bahasa Arab yang diterjemahkan kepada kita tentang sifat Allah, nisbah kepada Allah, adalah hakikat ma’ani (  المعانى  ) dan bukannya majazat (  مجازات  ). Manakala kefahaman kita tentang Allah daripada lafaz-lafaz bahasa Arab tadi adalah majaz (  مجاز  ) iaitu kata pinjaman dalam bahasa Arab yang kita sama sekali tidak memahami hakikat sebenarnya sifat-sifat Allah tersebut.

 

Sebagai contoh, lafaz berkuasa (  القدرة  ), makna hakikinya dalam bahasa Arab yang diturunkanNya pada al-Quran adalah apa yang Allah sifatkan sendiri tentang diriNya. Manakala berkuasa (  القدرة  ) yang diciptakan pada kita adalah makhluk yang baharu (  الحديث  ) dalam sesetengah keadaan, maka kita memahami makna berkuasa (  القدرة  )  pada Allah sekadar makna majazi (  مجازى  ) dengan lafaz bahasa Arab[3].

 

Justeru dari segi ma’ani (  المعانى  ) sifat yang disifatkan oleh Allah pada diriNya adalah hakikat melalui kalamNya yang diturunkan kepada RasulNya saw. Adapun dijadikan kita dengan sifat yang seumpama itu adalah majaz (  مجاز ) dan bukannya hakikat (  الحقيقة  ). Kemudian Allah memberi pengetahuan kepada kita makna mujazi tentang sifat yang dijadikan kepada kita dan tidak memberi makna hakiki lafaz-lafaz bahasa Arab yang menyifatkan diriNya kerana ketidak mampuan kita memahaminya. Allah berfirman,

 

وَاللهُ يَعْـلَمُ وَأَنْـتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ [4]

Yang bermaksud, Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya

 

 

Oleh itu lafaz (هُوَ  ) itu diisyaratkan kepada Allah SWT, bermaksud dan menyerahkan hakikat Dia sebagaimana Dia (mensifatkan diriNya) (  فالله هو هو  ).

 

 



[1] Al-Syeikh Hasan Muhammad Said al-Shinawi, Kertas Kerja “Zikir Dalam Tarekat Tasawuf: Antara Sunnah dan Bid‘ah”, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tarekat Tasawuf, 17hb-19hb Ogos 2002, di Hotel Hilton Seremban, anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[2] Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud, Dar al-Ma‘arif, Fi al-Zikr bi Lafz ‘Ah’ wa bi Lafz ‘Hu’, Jld 1, hlmn 331.

[3] Al-Imam al-Muhaqqiq Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy, Haqaiq al-Islam wa Asraruhu, Dar al-Turath al-Arabiy, bab al-Haqiqah wa al-Majaz fi Alfaz al-Sifat, hlmn 93.

[4] (Al-Baqarah 216)

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Tingkat 3,
Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427