Wed10232019

Last updateMon, 11 Mar 2019 12pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Ilmu Falak Gerhana Bulan Penuh, 8 Oktober 2014

Gerhana Bulan Penuh, 8 Oktober 2014

 

Sumber maklumat: falakonline.net

 

Pada waktu Maghrib, Selasa, 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Kiraan Fred Espanak, menunjukkan gerhana berlaku ketika bulan sedang terbit, bagi kawasan Asia Tenggara

Di bawah merupakan laluan Bulan memasuki ke kawasan bayang-bayang bumi sepanjang gerhana itu nanti.

 

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.

Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.

  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).

Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan yang sedang terbit dalam keadaan gerhana, dari Kuala Lumpur.

Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.

Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.

  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan gerhana dari Kota Kinabalu.

Fasa-fasa Gerhana

Di bawah ialah simulasi keadaan Bulan yang lebih dekat, sepanjang fasa gerhana yang dapat dilihat dari Malaysia Timur (Sabah). Bagi anda di Kuala Lumpur, hanya dapat lihat bermula ketika di puncak gerhana, iaitu semasa Bulan sedang merah keseluruhannya, iaitu jam 6.54 pm.

Perhatikan bahawa ketika Bulan bewarna merah, ia sedang berada dalam kawasan bayang-bayang umbra.

Gerhana Bulan selepas ini

Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan kali ini, jangan risau kerana pada 4 April 2015 akan berlaku sekali lagi gerhana, dan kebetulan pula keadaanya sama dengan apa yang akan berlaku 10 Oktober nanti, iaitu Bulan sedang gerhana ketika ia terbit.

Wallahualam

 

Sehubungan dengan itu, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Cerap Teluk Kemang akan  mengadakan majlis Cerapan Gerhana Bulan seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 8 Oktober 2014

Tempat: Masjid Seremban Jaya

Masa: 7.24 mlm - 8.34 mlm

 

Hadirin Dijemput Hadir.

 

 

 

Kaifiyyah Solat Gerhana

 

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud. Ianya dilakukan seperti berikut:

 

RAKAAT PERTAMA

 

  1. Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى

Yang bermaksud, Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

  1. Doa Iftitah
  2. Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring.
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring.
  6. Rukuk
  7. I’tidal
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

 

RAKAAT KEDUA

 

  1. Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring.
  2. Rukuk
  3. I’tidal
  4. Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring.
  5. Rukuk
  6. I’tidal
  7. Sujud
  8. Tahiyyat akhir

 

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427