Sun12172017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Fatwa terhadap Golongan Anti Hadith

Fatwa terhadap Golongan Anti Hadith

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2017-1438H yang bersidang pada 27 September 2017 bersamaan 7 Muharram 1439H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Fatwa terhadap Golongan AntiHadith dengan sighah seperti berikut :

(1)       Kefahaman dan pengajaran menolak hadis adalah bercanggah dengan syariat Islam;

(2)       Buku-buku seperti ini atau seumpamanya;

            (a)       buku-

                         (i)         “Hadis Satu Penilaian Semula”; dan

                        (ii)        “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim Ahmad;

            (b)       buku-

                        (i)         “Pendedahan Kebenaran  Adalah Dari Tuhanmu” dan

                        (ii)        Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman

            (c)        buku- “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali,

            (d)       buku- “The Computer Speaks-God’s Message to The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan

            (e)       risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.

 

(3)       Oleh yang demikian-

(a) mana-mana ajaran atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perenggan (2) boleh menyebabkan terkeluar dari Islam;

(b) mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran Antihadith adalah disifatkan bercanggah dengan syariat Islam;   

(c) mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran Antihadith dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran Antihadith, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam;   

(d) mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan  aliran Antihadith, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran Antihadith adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam;   

(e) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran Antihadith atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran Antihadith adalah bercanggah dengan syariat Islam;  atau 

(f) apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Antihadith atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Antihadith dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.

(g) Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan kumpulan Antihadith sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (c) hendaklah bertaubat.

 

Proses pewartaan : Proses Warta

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427