Sat11182017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Mengadakan Spesimen Anatomi Manusia

Hukum Mengadakan Spesimen Anatomi Manusia

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2017-1438H yang bersidang pada 20 Julai 2017bersamaan 26 Syawal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke - 93 berkenaan Hukum Mengadakan Spesimen Anatomi Manusia dengan sighah seperti berikut : 

  1. Muzakarah berpandangan bahawa Islam menetapkan bahawa jasad seseorang yang telah meninggal dunia mempunyai kemuliaan, nilai dan hak kemanusiaan yang wajib dihormati dan dipelihara sepertimana orang yang masih hidup. Pembedahan dan pengawetan mayat yang bertujuan untuk pameran dan diperagakan dalam pelbagai bentuk dan aksi adalah bertentangan dengan syarak.

  2. Oleh yang demikian, selaras dengan ketetapan hukum syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum mengadakan pameran spesimen anatomi manusia adalah haram dan dilarang dalam Islam.

  3. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pendidikan kepada orang awam berkaitan anatomi manusia, ia boleh dilakukan melalui bahan-bahan pameran yang lain seperti melalui gambar-gambar dan bahan-bahan tiruan tanpa menggunakan mayat sebenar.

 

Status Pewartaan : Proses Warta

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427