Sat11182017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Aktiviti Dan Kedudukan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin

Aktiviti Dan Kedudukan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan setiapahli muzakarahyang dikemukakan berkaitan Amalan Perbomohan Ibrahim Mat Zin, Muzakarah mendapati bahawa Amalan dan upacara Perbomohan Ibrahim Mat Zin melibatkan amalan-amalan dan upacara yang menggambarkan kepercayaan khurafat dan tahyul melalui penggunaan pelbagai peralatan.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 4/2017-1438H yang bersidang pada 25 Mei 2017 bersamaan 28 Sya’aban 1438H telah bersetuju menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaandan dan memutuskan dengan sighah seperti berikut :

  1. Bahawa upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin untuk apa-apa tujuan dengan menggunakan atau tidak menggunakan apa-apa objek adalah menyeleweng dan berlawanan dengan ajaran Islam.

  2. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam adalah dilarang:

    a. Menganut, mengamal, menjadi ahli, menjadi pengikut, mengisytiharkan diri sebagai ahli, mengisytiharkan diri sebagai pengikut perbomohan tersebut; atau

    b. Memiliki, menyimpan, mencetak, menerbit, memuat naik, memuat turun, menjual, mengedar atau menggunakan apa-apa terbitan, risalah, majalah, buku, media sosial, dokumen, rakaman audio, filem amalan atau upacara perbomohan tersebut; atau

    c. Mengajar, menyebar, menghidup, membantu, menganjur, mempromosi upacara, atau amalan perbomohan tersebut, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan amalan perbomohan tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

  3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat daripada melakukan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan (ii).

  4. Mana-mana orang Islam atau kumpulan orang Islam yang telah melibatkan diri dengan upacara dan amalan perbomohan Ibrahim bin Mat Zin sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (ii) hendaklah bertaubat.

 

Status Pewartaan : Proses Warta

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427