Sun12172017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 1/2017-1438H yang bersidang pada 15 Februari 2017 bersamaan 18 Jamadiawwal 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-109 berkenaan Millah Abraham @ Ibrahim dengan sighah seperti berikut :

1.      Ajaran Millah Abraham @Ibrahim mengandungi perkara-perkara berikut:

  1. Membawa ajaran Islam baharu. Ajaran Millah Abraham@Ibrahim mendakwa Kerajaan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w telah lama jatuh sejak tahun 1324H. Setelah kejatuhan Islam pada tahun 1324 Hijri, pengikut Millah Abraham mendakwa bahawa golongan musyrik termasuk para ulama’ telah membawa ajaran Islam yang palsu dan hendaklah bertaubat dengan memilih kembali deen Millah Abraham@Ibrahim.
     
  2. Mendakwa wujud rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran ini menafsirkan bahawa Allah SWT mengutuskan rasul dalam kalangan kaum mereka sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan mengajar mereka untuk keluar daripada kesesatan. Maka, Rasul Millah Abraham diutuskan dari kalangan bangsa Melayu Nusantara untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu Nusantara ini mengenai agama yang benar. Rasul yang dimaksudkan oleh kumpulan ini ialah Ahmad Mushaddeq. Maksud Khataman Nabiyyin adalah kesempurnaan deen pada zaman Nabi Muhammad dan bukanlah penutup segala nabi.

  3. Mencampuradukkan ajaran dalam al-Quran, Bible dan Taurat (Perjanjian Lama). Selain terjemahan al-Quran, kumpulan ini juga menggunakan kitab Taurat dan Injil (Bible Perjanjian Lama dan Baru) dalam pengajian mereka kerana dalam al-Quran telah membenarkan kitab sebelum al-Quran dan juga menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan.
     
  4. Menyelewengkan Konsep صراط المستقيم (Sirotol Mustaqim). Maksud صراط المستقيم (Sirotol Mustaqim) dalam Ajaran Millah Abraham adalah merujuk kepada jalan yang benar iaitu dengan mengambil pengajaran daripada kitab-kitab Allah dan melalui sejarah di zaman Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Justeru, hanya satu jalan sahaja yang perlu wujud untuk mengabdi kepada Tuhan, iaitu melalui ajaran Millah Abraham. Pengikut Ajaran Millah Abraham dikehendaki mempelajari kitab-kitab terdahulu juga sebagai sumber pelajaran kerana sirotol mustaqim ada ciri-cirinya tersendiri dan perlu dipelajari melalui kitab-kitab Allah.

  5. Menyelewengkan Konsep hari Kiamat. Hari Kiamat dalam Ajaran Millah Abraham adalah merujuk kepada perkataan qiyam, iaitu bangkit atau tegak dan tidak ditafsirkan hari Kiamat adalah hari kehancuran, kerana Hari Kiamat hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja. Perkataan qiyam dalam ayat ini merujuk kepada keperluan untuk menegakkan agama. Setelah zaman satu-satu umat telah habis, maka akan ada rasul baharu yang akan menegakkan deen bagi umat pada zaman tersebut. Sistem ini silih berganti sehingga keputusan Allah untuk menamatkan dunia ini.

  6. Menyelewengkan pemahaman Darussalam atau Syurga. Ajaran Millah Abraham berpegang bahawa Darussalam itu ada di atas muka bumi, iaitu “Dar”= tempat atau kehidupan dan “as-salam”= yang mensejahterakan atau damai sejahtera. Maka, Darussalam itu adalah simbol kepada model kehidupan yang damai sejahtera di atas muka bumi yang wujud apabila sistem Tuhan ditegakkan; iaitu melalui Ajaran Millah Abraham.
     
  7. Mengingkari kefardhuan solat lima waktu dan solat Jumaat. Pengikut Ajaran Millah Abraham tidak melaksanakan Solat Fardhu yang diwajibkan ke atas semua mukallaf. Mereka mengatakan solat itu merujuk kepada “sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah. Makna lain ialah bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Abraham, bukan maksud solat yang dilakukan oleh orang Islam.

2.      Sehubungan dengan itu, Muzakarah memutuskan bahawa Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

3.      Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran Millah Abraham@Ibrahim dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT.

4.      Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran Millah Abraham@Ibrahim melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan dengan serta merta.

 

Status pewartaan : Proses Warta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427