Wed12132017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin

Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2016-1437H yang bersidang pada 25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-24 berkenaan Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin dengan sighah seperti berikut :

  1. Setiap Orang Islam wajib mempelajari al-Quran dalam Bahasa Arab Rasm Uthmani.

  2. Haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran kecuali: 

    1. Penulisan akademik (petikan/phrasa) yang menggunakan tanda transliterasi al-Quran yang betul serta mengikut kaedah yang standard.

    2. Untuk tujuan menarik orang membaca al-Quran dan tujuan pembelajaran (تعليم) dalam jangkamasa sementara. Teks/nas al-Quran hendaklah disertakan.

  3. Haram menerbit dan menjual tafsir dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal.

Hujah

i.  Penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman atau Latin boleh membantu dan memudahkan membaca al-Quran. Walau bagaimanapun ia boleh menghilangkan kemukjizatan (إعجاز) al-Quran, terutama dari segi bacaan, sebutan dan tajwid.

ii. Empat (4) mazhab bersepakat tentang ketidakharusan menulis al-Quran dengan huruf selain bahasa Arab @ selain huruf hijaiyah. Bahkan, ianya wajib ditulis dengan tulisan Rasm Uthmani. Pendapat ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Malik, Ibnu Hajar dan lain-lain.

iii. Hujah pemahaman, ia akan membuka ruang kepada penyelewengan al-Quran. Imam al-Zurqani di dalam kitab Manahil al-'Irfan menyatakan implikasi terjemahan selain daripada tulisan hijaiyah akan mengundang kepada pengurangan dan penyelewengan pada lafaz al-Quran dan mengubah maksudnya.

iv. Lajnah Fatwa al-Azhar turut menyokong pengharaman perkara ini, demi memelihara kesucian dan ketulenan al-Quran. Inilah yang diijma'kan oleh ulama salaf dan khalaf bermula di zaman sahabat sehingga ke hari ini.

v.  Syeikh Muhammad Rasyid Ridha, menegaskan penggunaan huruf Roman dan Latin menyebabkan berlakunya perubahan huruf yang sebenar. Dan sesiapa yang redha atau bersetuju dengan perkara ini (meminda ketulenan al-Quran), maka hukumnya adalah kafir.

 

 

 Status pewartaan : Proses Warta

 

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427