Thu03302017

Last updateWed, 22 Mar 2017 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Tarikh Keputusan : :  31 Mei 2016/24 Syaaban1437H

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah- 

            i.  Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif

           ii.  Membaca Yasin pada malam Juma‘aT

           iii. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati

           iv. Mengadakan kenduri arwah 

            v. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Ma‘al Hijrah pada setiap tahun

            vi. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Sya‘ban

            vii.Berdo‘a beramai-ramai selepas solat berjema‘ah   

            viii.Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu 

             ix. Membaca “Basmalah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu 

              x. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat 

              xi.Membaca qunut dalam solat subuh 

             xii.Bersalaman selepas solat berjema‘ah   

            xiii.Solat sunat qabliah Maghrib. 

            xiv.Solat sunat qabliah Juma‘at 

             xv.Fidyah solat   

             xvi.Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.   

            xvii. Bilangan raka‘at bagi solat sunat tarawih selain 8 raka‘at   

            xviii. Menyapu muka selepas salam

             xix. Aqiqah dengan binatang al-an‘am selain kambing 

              xx. Amalam bertawassul dan bertabarruk   

              xxi. Berdo‘a dan membaca al-Quran di kubur   

              xxii. Do‘a akhir tahun dan awal tahun

4.  Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:

  1. Membid‘ahkan mana-mana orang yang mengamalkan perkara i hingga xxii.

  2. Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.

  3. Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid‘ah.

5.  Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perkara 4.

6.  Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan

Status pewartaan : Proses Pewartaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427