Thu03302017

Last updateWed, 22 Mar 2017 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik)

Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik)

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi’al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil. 2/2015 berkenaan Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik) dengan sighah seperti berikut :

1.  Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan  yang dikemukakan Muzakarah mendapati bahawa:

  1. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takasub (usaha) dan bukan secara ghasab (pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.

  2. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.

  3. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, tiada sebarang ketetapan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk menyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima sama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain sebelum boleh mendeposit atau melabur ke dalam produk patuh syariah yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam.

  4. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi membenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.

 

Keputusan : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ahli KWSP sedia ada yang memilih akaun KWSP-Islamik tidak perlu melakukan pembersihan dividen bagi pertukaran kali pertama.

 

Status pewartaan : Tidak diwartakan

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427