Thu03302017

Last updateWed, 22 Mar 2017 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam

Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam

Tarikh Keputusan : 20 April 2015

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-61 berkenaan Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Bagi Ahli Yang Memeluk Islam dengan sighah seperti berikut :

 

  1. Mengikut hukum syarak, orang bukan Islam tidak  berhak mewarisi harta orang Islam dan begitulah sebaliknya;

  2. Jika  seseorang  bukan  Islam  memeluk  Islam  dan  mempunyai simpanan  KWSP  dan  telah  menamakan  penama  orang  bukan  Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta  tersebut  setelah  beliau  meninggal  dunia  maka  harta  itu  tidak menjadi  hak  kepada  penama  bukan  Islam,  sebaliknya  hendaklah diserahkan kepada Baitulmal; dan

  3. Orang  Islam  boleh  membuat  wasiat  kepada  orang  bukan  Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya

 

Status pewartaan : Diwartakan

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427