Thu03302017

Last updateWed, 22 Mar 2017 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam.

Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam.

Tarikh Keputusan : 27 Ogos 2014

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2014-1435H yang bersidang pada 27 Ogos 2014 bersamaan 01 Zulqaedah 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 berkenaan Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam dengan sighah seperti berikut :

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat telah memutuskan bahawa bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.

Penjualan dan penyimpanan kitab suci al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.

 

Keterangan/Hujah:

Perbuatan orang bukan Islam menggantung kalimah Muhammad ataupun apa-apa sahaja kalimah suci umat Islam di dalam premis mereka adalah dianggap menghina dan mencemarkan kehormatan kalimah-kalimah suci tersebut.

 

Fatwa Lajnah Daimah Lil Ifta' Arab Saudi memutuskan bahawa kehormatan kalimah-kalimah Islam adalah sama dengan ayat-ayat suci al-Quran. Ia sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat-tempat yang boleh dianggap menghinanya.

Tindakan dan perbuatan orang-orang bukan Islam menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam sebagai bahan hiasan atau tarikan boleh terdedah kepada penipuan dan penghinaan ke atas kehormatan ayat-ayat suci atau kalimah tersebut. Di samping itu, ia juga akan menimbulkan kemarahan umat Islam.

Larangan juga perlu dibuat ke atas kedai-kedai buku milik orang bukan Islam yang menjual al-Quran kerana dibimbangi cara pengendalian dan penyimpanan kitab suci tersebut boleh terdedah kepada penghinaan.

Terdapat sebahagian orang bukan Islam yang meminati kesenian dan keindahan seni khat dan mereka menjadikan kaligrafi-kaligrafi ayat suci al-Quran sebagai hiasan di rumah mereka.

Kesenian khat ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah-kalimah Islam boleh menjadi medium dakwah kepada orang bukan Islam. Walaubagaimanapun sekiranya dibimbangi ia boleh terdedah kepada unsur-unsur penghinaan, maka ia perlu dicegah.

 

Status pewartaan : Proses Pewartaan

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427