Thu12142017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya

Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya

Tarikh Keputusan : 26 Jun 2014

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan  Seumpamanya dengan sighah seperti berikut :

Mesyuarat telah memutuskan bahawa:

  1. Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;

  2. Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca; 

  3. Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;

  4. Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan

  5. Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.

Status Pewartaan : Tidak Diwartakan

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427