Fri10202017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan & Banduan Islam Di Penjara

Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan & Banduan Islam Di Penjara

Tarikh Keputusan : 22 Mei 2014

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 04/2014-1435H yang bersidang pada 22 Mei 2014 bersamaan 22 Rajab 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-60 berkenaan Hukum Zakat Fitrah Ke Atas Orang Tahanan Dan Banduan Islam Di Institusi Penjara dengan sighah seperti berikut :

Mesyuarat telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu :

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

Status warta : tidak diwartakan

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427