Thu05252017

Last updateThu, 25 May 2017 11am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Penerokaan Tanah Secara Tidak Sah

Hukum Penerokaan Tanah Secara Tidak Sah

Tarikh Keputusan : 30 April 2013

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan seperti berikut :

i. Islam mengiktiraf konsep ihya’ al-mawat yang dilakukan oleh orang perseorangan/berkumpulan. Namun berdasarkan situasi semasa, aktiviti ihya’ al-mawat hendaklah dilakukan dengan kawalan kerajaan agar ia tidak dimiliki atau dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja;

 

ii. Orang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah kerajaan dengan menanam tanaman seperti kelapa sawit dan sebagainya adalah tidak harus kecuali setelah mendapat kebenaran kerajaan;

 

iii. Orang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah rizab kerajaan (seperti rizab jalan, sungai, hutan dan lain-lain) dengan mendirikan rumah kediaman, rumah kedai dan bercucuk tanam juga tidak harus (haram) kerana tanah-tanah tersebut termasuk di bawah kategori tanah harim dan kemudahan awam yang tidak boleh dimiliki oleh individu. Walau bagaimanapun kerajaan mempunyai kuasa budi bicara untuk melupuskan tanah-tanah tersebut dalam bentuk penggunaan sementara dengan syarat tidak menimbulkan dharar (bahaya) kepada orang lain;

 

iv. Orang perseorangan/berkumpulan yang menceroboh tanah milik orang lain (tanah bergeran) adalah haram kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah menceroboh harta orang lain yang diharamkan oleh syarak.

 

·        Status Pewartaan : Tidak diwartakan

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427