Thu05252017

Last updateThu, 25 May 2017 11am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Berhubung Menternak Dan Memperdagangkan Lintah

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Berhubung Menternak Dan Memperdagangkan Lintah

KEPUTUSAN J/KUASA FATWA BERHUBUNG MENTERNAK DAN MEMPERDAGANGKAN LINTAH.

 

HUKUM MENTERNAK DAN MENJUAL LINTAH

 

1.               PENDAHULUAN

Kertas ini disediakan adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan keputusan hukum daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berkaitan Hukum Menternak dan Menjual Lintah.

 

2.               LATAR BELAKANG

2.1         Kertas ini disediakan bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh seorang penternak yang sedang memulakan usaha penternakan lintah di kawasan Johol, Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus.

2.2         Lintah kini mempunyai pasaran yang luas bukan sahaja untuk kegunaan domestik tetapi juga untuk dieksport ke luar Negara.

2.3         Terdapat tiga spesis yang sering digunakan, iaitu

i.                   Hirudo Medicinalis (Eropah)

ii.                Hirudinaria Manillensis (Asia)

iii.              Haementeria Ghilianii (Amazon)

2.4         Lintah di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai leeches, manakala di dalam bahasa Arab di sebut al-‘alaq. Di dalam Academia Medical Dictionary ‘alaqah ialah sejenis ulat yang menghisap darah daripada binatang lain.   Ianya telah digunakan pada zaman silam bagi menyuntik keluar darah.  Secara khususnya ianya dikenali sebagai rawatan Hirudo (Hirudo Medicinalis). (Lihat Lampiran A)

2.5         Rawatan melalui kaedah ini telah digunakan sejak pertengahan abad ke 18 lagi.

2.6         Pada Jun 2004, pihak FDA (U.S Food and Drug Administration) telah mengiktiraf penggunaan lintah atau Hirudo Medicinalis sebagai satu alat dalam rawatan moden masa kini.

2.7         Kelebihan Lintah dalam Hirudo Medicinalis adalah

i.                   Mengeringkan darah di sekitar kecederaan, ini kerana darah yang berkumpul di kawasan yang cedera boleh mengancam keselamatan tisu.

ii.                Menggalakkan Pertumbuhan tisu baru

iii.              Membantu kelancaran pengaliran darah kerana lintah mempunyai agen anti-beku yang dinamakan hirudin yang terdapat  dalam air liurnya (salivia).

iv.             Lintah turut mengeluarkan anesthetic semulajadi yang dapat mengurangkan rasa sakit sepanjang lintah berkenaan menghisap darah.

 

3.               ASAS PERTIMBANGAN

3.1         Al-Dumairi di dalam kitabnya Hayah al-Hayawan al-Kubra berpendapat haram memakan lintah tetapi harus menjualnya kerana padanya ada manafaat. (Lampiran B)

3.2         Manakala Dr. Qal‘ah Ji di dalam Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah mengatakan bahawa hal ini adalah berkaitan perubatan.  Ianya bergantung kepada pandangan ahli perubatan. Harus jika ianya kaedah yang berkesan bagi merawat satu-satu penyakit.  Tetapi apabila ianya tidak memberi apa-apa faedah maka tidak harus mengguna pakainya. (lihat lampiran C)

3.3         Berkaitan jual beli perkara yang boleh mendatangkan manafaat telah disebut di dalam kitab al-Bayan Fi Madhab al-Imam al-Syafi‘i iaitu,  Apa-apa selain daripada manusia iaitu yang mendatangkan manafaat sama ada berkaitan makanan, minuman, pakaian, wangi-wangian adalah harus dijual beli. Begitu juga yang boleh dimanafaatkan dariapada binatang liar seperti singa, kijang atau anak rusa.

3.4         Ibn al-Sabbagh mengharuskan menjual sesuatu yang boleh dimanafaatkan suaranya seperti burung. Menjual monyet kerana ia boleh dimanafaatkan dan kerana ianya mudah ajar.

3.5         Al-Syarbini dalam al-Iqna‘ mengharuskan penjualan sesuatu yang boleh memberi manafaat seperti harimau untuk perburuan, gajah untuk peperangan, lebah untuk mendapatkan madu dan burung merak kerana keindahan warnanya.(Lampiran D)

3.6         Jawatankuasa Fatwa Agama dan Adat Melayu Negeri Terengganu juga telah mengeluarkan fatwa berkaitan  penggunaan debu lintah untuk tujuan perubatan, iaitu

“Jawatankuasa berpendapat penggunaan debu lintah bagi perubatan adalah diharuskan sekiranya keadaan memerlukan dan tidak membawa kepada kemudaratan”

 

4.               KESIMPULAN

4.1         Rawatan menggunakan lintah telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Ia dikenali sebagai rawatan hirudo

4.2         Ianya membawa manafaat dan memberi kesan yang positif dalam beberapa keadaan bahkan telah mendapat perakuan daripada FDA.

4.3         Hukum Menjual sesuatu yang suci dan bermanafaat adalah sah.  Justeru hukum jualan lintah iaitu ulat yang suci dan terbukti telah mendatangkan manafaat adalah sah dari segi syara‘.

 

5.               SYOR

 Berdasarkan latar belakang dan pandangan para ulama di atas dengan ini disyorkan kepada Jawatankuasa Fatwa membuat pertimbangan berkaitan menjual lintah bagi tujuan perubatan.

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 2/1428

Pada 13 Jumada al-Ula 1428H

bersamaan 30hb Mei 2007

 

Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:

Harus menternak dan memperdagangkan lintah kerana manfaatnya iaitu untuk tujuan perubatan.

 

Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus

 

 

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427