Sun08202017

Last updateTue, 15 Aug 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Hukum Memakai Gelang Besi Magnetik Bagi Lelaki Bertujuan Kesihatan

Hukum Memakai Gelang Besi Magnetik Bagi Lelaki Bertujuan Kesihatan

 

HUKUM BAGI LELAKI MEMAKAI GELANG BESI MAGNETIK BAGI TUJUAN KESIHATAN.

 

1.0     TUJUAN.

1.1             Kertas ini disediakan adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berkenaan permasalahan pemakaian gelang besi magnetik oleh lelaki pada masa kini dengan alasan memberi ianya kesan yang baik kepada kesihatan diri.

 

2.0            LATARBELAKANG PERMASALAHAN/ISU.

2.1             Isu ini menimbulkan tanda tanya kerana gelang magnetik ini dikatakan mampu menghasilkan satu tenaga magnetik yang memberi kesan yang baik kepada lelaki dari segi kesihatan (mampu melancarkan aliran darah ) si pemakainya.

2.2             Ramai di kalangan orang lelaki masa kini yang memakai gelang tersebut di pergelangan tangannya dan dilihat pemakaian itu seakan-akan menjadi perhiasan dan menjadi trend dan ikutan pula kepada para remaja.

2.3             Antara gelang magnetik yang berada di pasaran adalah jenama E-Dymium. Berikut fakta gelang E-Dymium[1]:

E-Dymium Bracelet adalah trombosan saintifik yang unggul dalam bidang terapi magnet, hasil gabungan teknologi magnet dengan fizik moden sains tenaga-bio. Diperbuat dari tanah yang sukar dijumpai, iaitu campuran logam neodymium, besi, boron, nickel dan aluminum, ia dipercayai mengandungi tenaga-bio yang mempunyai ciri-ciri sama seperti medan kuasa semulajadi magnet bumi.

Penciptaan E-Dymium Bracelet adalah untuk memberi kesan tambahan yang kita perolehi dari medan kuasa semulajadi magnet bumi.

Gelang biomagnetik E-Dymium bukan sahaja dicipta sebagai bahan aksesori yang bergaya tetapi di samping itu mempunyai barisan Magnet Neodymium yang terbukti dapat mengembalikan keseimbangan arus elektromagnet di dalam sel-sel darah manusia. Kaedah ini dikenali sebagai "Terapi bio magnetik".

 

Kebaikan gelang magnetik E-Dymium

·        Meneutralkan pH dalam badan

·        Melancarkan perjalanan darah

·        Meningkatkan oksigen dalam badan

·        Mengurangkan kebengkakan (cellular)

·        Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan

·        Mengawal kencing manis

·        Melegakan kesakitan otot dan sendi

·        Meningkatkan tenaga batin

 

Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai

·        Kebas

·        Pening kepala

·        Sakit perut

·        Susah tidur

·        Sakit

(kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada keseriusan jenis penyakit yang dihadapi)

 

Kajian 

Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit

 

PENAFIAN/AMARAN:

Alat ini telah direka dengan teknologi tinggi khusus untuk tujuan yang diinginkan dan bukan untuk mengesan, mengubati, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Tidak disyorkan untuk wanita mengandung dan mereka yang memakai peransang denyut jantung. Jika ragu, rujuk kepada doktor anda sebelum memakai.

 

2.4             Pada 30hb Januari 2008, Panel Penyelidik Fatwa Negeri Sembilan telah menjemput Y.Bhg Dr Abu Bakar bin Abd. Majid, Pensyarah di Kolej Sains Perubatan, Universiti Cyberjaya dan beliau juga merupakan  Ahli Persatuan Perubatan Islam Malaysia untuk memberi taklimat berhubung kesan Magnetik Statik kepada kesihatan manusia.

2.5             Beliau menyatakan, tiada satu kajian pun menyeluruh dibuat mengenai kesan Magnetik Statik kepada kesihatan manusia sama ada di Malaysia mahupun di peringkat Antarabangsa. Ini kerana pembiayaan satu-satu kajian itu menelan kos yang tinggi. Kajian saintifik perubatan yang menyeluruh tersebut mengandung 4 tahap:

i.                    (RCT) Randomise Control Type iaitu kajian secara rawak

ii.                  Kajian ke atas kumpulan sasar.

iii.                Follow (mengikuti perkembangan)

iv.               Pandangan pakar

 

2.6             Sehubungan dengan itu, dari sudut kesihatan tidak ada satu keputusan yang tepat tentang kesan Magnetik Statik kepada kesihatan manusia. Cuma yang ada adalah penjelasan testimoni, iaitu pengakuan perseorangan tentang kesannya dan ianya tidak diterima sebagai bukti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ada unsur plasebo iaitu unsur penipuan.

2.7             WHO hanya menyatakan ‘Static Magnetic Field’ tidak memudharatkan kesihatan dan tiada kenyataan berhubung kesan kebaikannya kepada kesihatan.

2.8             Terdapat juga kritikan yang menyatakan ramai pekerja yang bekerja di kawasan medan magnetik statiknya tinggi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada kesihatan.

 

3.0            ASAS PERTIMBANGAN

3.1             Pemakaian gelang bagi tujuan perhiasan.

Bagi lelaki yang memakai gelang sebagai perhiasan diri menurut hukum syara` adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibnu Abbas r.a katanya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتـشبهـين من الرجال بالنساء، والمتـشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-niru gaya lelaki[2].  

 

Bagitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasa’ie  dan  Ibnu Hibban, daripada Abu Hurairah r.a berkata,

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجال يلبس لبسة المرأة، والمرأة تلبس لبسة الرجال.

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

 

3.2             Walau bagaimanapun, terdapat dalil yang mengharuskan perkara yang dilarang digunakan bagi tujuan maksud perubatan.

3.2.1  Firman Allah swt,

Maksudnya: ...maka barang siapa terpaksa, kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[3].

3.2.2  Manakala daripada hadis

Diharamkan ke atas lelaki memakai perhiasan emas walaupun untuk tujuan diletakkan pada alat-alat peperangan. Ini adalah berdasarkan hadis yang bermaksud :

Dihalalkan emas dan sutera bagi golongan wanita di kalangan umatku dan diharamkan ke atas golongan lelaki. Kecuali hidung yang telah rosak, maka diharuskan menggunakan emas. Hal ini kerana sebahagian sahabat yang patah hidungnya pada suatu peperangan maka dia telah menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak, tetapi ia telah menjadi busuk lantas nabi telah mengarahkan sahabat tersebut agar menggunakan hidung diperbuat daripada emas.

 

Hadis Musnad Ahmad[4],

أن عرفجة بن أسعـد أصيب أنفه يوم الكلاب (حرب) فاتخذ أنفا من فضة فأنتن، فأمره رسول الله  (ص) بأن يتخذ أنفا من ذهب.

Yang bermaksud, Sesunguhnya ‘Arfajah bin As’ad yang terputus hidungnya ketika peperangan Kilab, dia telah menggunakan hidung yang diperbuat daripada perak, tetapi ia telah menjadi busuk lantas Rasulullah SAW telah mengarahkannya agar menggunakan hidung diperbuat daripada emas.

 

3.2.3  Qias

Rawatan untuk anggota yang lain seperti gigi dan hujung jari diqiaskan kepada hadis ‘Arfajah bin As’ad yang terputus hidungnya ketika peperangan Kilab[5].

3.2.4  Kaedah fiqhiyah

Darurat mengharuskan benda-benda yang dilarang.

الضَّرُورَات تَبِيحُ المَحْظُورَات

الضَّرَرُ يُزَال

Darurat itu ditentukan dengan kadarnya

الضَّرَرُ تَقْدِرُ بِقَدْرِهَا

 

3.2.5  Pandangan ulama’

Fatwa Syeikh Hasnin Makhluf, yang bertarikh 18hb November 1946, menyatakan: Maka memenuhkan dan menutup gigi dengan emas san perak adalah harus. [6]

 

4.0            KESIMPULAN DAN SYOR

Mengesyorkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa:

4.1             Haram bagi lelaki memakai gelang magnetik bagi tujuan perhiasan berdasarkan kepada larangan umum hadith Rasulullah saw.

4.2             Harus bagi lelaki memakai gelang magnetik bagi tujuan perubatan dengan syarat telah terbukti dengan kajian sainstifik sains perubatan.

4.3             Walau bagaimanapun, pemakaian gelang magnetik perlu berhati-hati kerana dikhuatiri membawa kepada unsur penyelewengan aqidah.

4.4             Sekiranya pemakaian gelang magnetik tidak memberi faedah daripada segi kesihatan, maka perlu ditinggalkan

[1] Sumber Internet.

[2] Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syarbaji, 2004, Manhaj Fiqh al-Shafie, Jabatan Mufti N.Sembilan,  Jld 3 hlmn 357.

[3] Surah al-Maidah Ayat 3

[4] al-Syeikh ‘Atiah Saqar, Ahsanul Kalam fi al-Fatawa wal Ahkam, Dar Ghad al-‘Arabi, Jld 2 hlmn 410.

[5] Shamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Syarbini, 1996, al-Iqna’, Dar al-Kair, Jld I hlmn 318.

[6] al-Syeikh ‘Atiah Saqar, Ahsanul Kalam fi al-Fatawa wal Ahkam, Dar Ghad al-‘Arabi, Jld 2 hlmn 410.

 

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA BIL 1/1429

Tarikh         :         20 Safar 1429H

     Bersamaan          :              27hb Februari 2008M

Haram bagi lelaki memakai gelang magnetik kerana pemakaian gelang tersebut lebih kepada menyerupai wanita (  تـشبّه بالنساء  ). Cara ini adalah satu kaedah untuk merosakkan orang Islam.

 

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427