Thu05252017

Last updateThu, 25 May 2017 11am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Pelaburan Dalam ASN, ASB dan Seumpamanya

Pelaburan Dalam ASN, ASB dan Seumpamanya

Tarikh Keputusan : 30 Ogos 2012

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1433H yang bersidang pada 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah fatwa Kebangsaan dalam isu pelaburan dalam saham ASN, ASB dan seumpamanya berdasarkan alasan berikut:

i.  Telah wujud panel syariah dalam institusi PNB yang mengambil tanggungjawab untuk berusaha dari semasa ke semasa untuk mengurangkan peratus percampuran antara pelaburan yang halal dan haram.

ii.       Mesyuarat bersetuju bahawa keputusan fatwa perlu dirujuk kepada maslahah umum, maqasid syarak dan realiti semasa. Fatwa dikeluarkan bukan berdasarkan pandangan bersifat peribadi atau hukum yang bersifat ideal semata-mata. Dalil yang menyokong aspek maslahah umum dalam isu pelaburan ASN/ASB ini juga adalah kukuh.

iii.      Isu ini juga bersifat ijtihadi khususnya bagi penentuan peratus keharaman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Khilaf yang berlaku ini menyebabkan wujudnya sedikit keringanan di dalam sesuatu hukum yang diputuskan.

Berdasarkan pandangan tersebut, mesyuarat bersetuju dengan sighah muzakarah Fatwa Kebangsaan seperti berikut:

“Bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus”.

·        Status Pewartaan : Tidak diwartakan

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427