Wed03292017

Last updateWed, 22 Mar 2017 2pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Fatwa Luar Negara Apakah hukum bermusafir pada siang hari pada bulan ramadhan dan dijadualkan berbuka puasa ketika menaiki kapal terbang

Apakah hukum bermusafir pada siang hari pada bulan ramadhan dan dijadualkan berbuka puasa ketika menaiki kapal terbang

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

… dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu ...

Abu Said al-Khudri berkata : Kami pernah keluar berperang bersama Rasulullah saw di bulan Ramadhan. Sebahagian kami berpuasa dan sebahagian kami berbuka. Orang yang berpuasa tidak mempertikaikan yang berbuka, dan yang berbuka pula tidak mempertikaikan yang berpuasa (orang-orang yang berpuasa tidak mencela orang-orang yg berbuka begitu juga sebalikny)a. Mereka semuanya berpandangan, siapa yg memiliki kekuatan lalu dia berpuasa, maka itulah yang sebaiknya  dan siapa yg merasa lemah lalu berbuka, maka hal itu juga baik. (Muslim dan Ahmad).

Berdasarkan ini dan pandangan ulama selainnya, menyatakan bahawa musafir itu menjadi sebab untuk diharuskan berbuka bagi orang yang berpuasa dan para fuqaha’ mensyaratkan hendaklah musafir yang panjang/lama (anggaran 85 km) dan tidak ada unsur maksiat.

Jumhur fuqaha’ berpandangan sesiapa yang telah berniat berpuasa pada malam hari kemudian memulakan perjalanan ketika siang hari, maka tidak harus baginya berbuka dan hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Tetapi Imam Ahmad mengharuskan berbuka bagi sesiapa yang bermusafir siang hari bulan ramadhan.

Ini berdasarkan hadith al-Hassan yang diriwayatkan al-Tirmizi daripada Muhammad bin Kaab katanya:

“aku pernah datang menemui Anas bin Malik di bulan ramadhan, dan dia hendak bermusafir, dan sudah bersiap-siap dengan kenderaannya, serta sudah mengenakan pakaian musafir. Lalu dia minta disediakan makanan, lalu dia makan. Maka aku bertanya kepadanya: “apakah ini sunnah?” Dia menjawab: “Ini sunnah.” Kemudian dia berangkat dengan kenderaannya.

Walau bagaimanapun adalah lebih utama mengikuti pandangan jumhur yang menyatakan selagi mana fajar telah pun terbit, dan ia berpuasa dalam keadaan bukan bermusafir. Kemudian jika terdapat kesukaran ketika musafir, harus baginya berbuka dalam tempoh musafir. Ini bermaksud ia berbuka bukan kerana sebab bermusafir. Kesukaran yang dilaluinya adalah bergantung kepada kesensitifan dirinya sendiri. Dalam hal ini, hendaklah ia bertaqwa kepada Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu.

Jika bermusafir dengan kapal terbang pada ketinggian tertentu, kadang-kadang matahari terbenam di bumi yang dilaluinya sedangkan ia masih jelas belum terbenam. Maka dalam keadaan ini pada ketinggiannya itu adakah harus bagi orang musafir berbuka dengan melihat kepada keadaan matahari terbenam atas bumi atau meneruskan berpuasa sehingga matahari hilang daripada pandangannya walaupun siang jadi panjang?

 

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 187

“Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)”                                                                   

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan; Nabi s.a.w. bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, Baginda meminta Bilal menyediakan makanan untuknya. Apabila telah disediakan, Baginda minum sambil menunjuk dengan tangannya; “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka”

Justeru, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis ini, tidak harus bagi seorang yang berpuasa itu berbuka, kecuali apabila telah tiba malam. Waktu malam tiba apabila matahari terbenam. Oleh itu, selama mana orang yang berada di atas kapal terbang melihat matahari belum terbenam maka tidak harus ia berbuka. Kadangkala berlaku keadaan di mana jika ia bermusafir kea rah barat, maka waktu siang yang dilaluinya akan menjadi pendek. Ataupun ia musafir ke arah Timur, maka siangnya akan menjadi panjang. Penentuan masa berbuka adalah berdasarkan tenggelamnya matahari tanpa mengambil kira kemanakah arah tujuan musafirnya. Penentuan waktu berbuka di kawasan yang dilintas oleh kapal terbangnya tidak diambil kira, begitu juga dengan penentuan waktu berbuka Negara yang ditujuinya. Sekiranya sukar baginya untuk berpuasa kerana tempoh siang yang panjang, maka ia boleh menggunakan rukhsah berbuka kerana kesukaran tersebut (musyaqqah).

 

Fatwa Syeikh Atiyyah Saqar
Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam
Jilid 1-m/s 192-193

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427