Mon06262017

Last updateTue, 06 Jun 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Fatwa Luar Negara Hukum Orang Yang Tidak Qadha’ Puasa Ramadhan Sehingga Ramadhan Berikutnya

Hukum Orang Yang Tidak Qadha’ Puasa Ramadhan Sehingga Ramadhan Berikutnya

Soalan:

Saya telah meninggalkan puasa selama beberapa hari pada bulan Ramadhan disebabkan keuzuran, dan saya tidak mampu qadha’ puasa hari-hari yang ditinggalkan tersebut sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya. Adakah saya dikenakan kaffarah disebabkan kelewatan qadha’ puasa tersebut? Adakah saya perlu qadha’ puasa hari-hari yang ditinggalkan secara berturut-turut atau dibolehkan secara berselang-selang hari?

 

Jawapan:

Jumhur ulama’ mewajibkan bayaran fidyah kepada sesiapa yang terlewat qadha’ (menggantikan) puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan sehingga tibanya bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya. Bayaran fidyah adalah dengan memberi makan (mengikut kadar makanan harian) kepada orang miskin yang mencukupi makan tengah hari dan makan malam sekiranya kelewatan puasa qadha’ bukanlah disebabkan apa-apa keuzuran. Ulama’ berhujah mengunakan hadis mauquf yang disandarkan kepada  Abu Hurairah, yang merupakan lafaz beliau, menisbahkannya kepada Rasulullah adalah dhaif. Hadis ini diriwayatkan oleh enam orang sahabat termasuk Ibnu Abbas dan Ibnu Umar dan tidak pernah diketahui bahawa Yahya ibn Aksam menyalahi pandangan mereka.

Abu Hanifah dan yang  sependapat dengan beliau menyatakan: Seseorang  tidak dikenakan fidyah dan qadha’ puasa secara serentak. Hal ini disebabkan Allah telah memberikan keringanan kepada golongan pesakit dan musafir melalui firmannya, “maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain” tanpa menyebut tentang fidyah. Berdasarkan ayat al Quran ini, jelaslah bukannya satu tuntutan untuk membayar fidyah bagi golongan uzur dan musafir yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan. Berkenaan hadis yang memerintahkan kewajipan membayar fidyah bagi dua golongan (orang sakit dan musafir)  adalah dhaif dan tidak diambil kira.

Dan berkata al-Syaukani di dalam kitabnya Nail Al-Autar (jilid 4, muka surat 318): Tiada satu pun hadis yang tsabit mengenai suruhan Nabi untuk membayar fidyah dan qadha’ puasa secara serentak bagi golongan  pesakit dan musafir yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan, dan kata-kata sahabat mengenai hal ini juga tidak mempunyai hujjah. Kata-kata jumhur mengenai hal ini juga tidaklah menunjukkan hukum itu benar. Hal ini berdasarkan kepada konsep  tiada hukum semulajadi (البراءة الاصلية). Sesuatu taklif (ibadah) adalah tidak wajib sehingga ada dalil yang mensyariatkannya”. Justeru, dalam hal ini, tiada sebarang dalil yang menunjukkan kewajibannya

Dan berkata al- Syafie: Jika kelewatan menggantikan puasa Ramadhan berlaku disebabkan keuzuran (keuzuran syar’ie), maka tiada fidyah dikenakan. Adapun kelewatan tanpa sebarang keuzuran, maka individu wajib membayar fidyah. Pendapat ini telah mengambil jalan tengah antara dua pendapat yang telah dibincangkan. Namun hadith dhaif dan mauquf yang menyatakan pensyariatan kaffarah tidak pula membezakan antara wujudnya keuzuran atau pun tidak ada sebarang keuzuran.

Pendapat al-Syafie lebih disenangi kerana ia meraikan perbezaan pendapat dalam hal ini. Tambahan pula, puasa ganti Ramadhan merupakan perkara wajib yang boleh dilakukan secara bertangguh (واجب على التراخي) dan bukannya secara segera.  Walau bagaimanapun, menyegerakan ganti puasa adalah lebih baik sekiranya mampu kerana ia merupakan hutang antara hamba dengan Allah swt. yang lebih utama untuk dilangsaikan. Telah thabit dalam sahih Muslim dan musnad Ahmad bahawa Aishah r.aha telah menggantikan puasanya yang tertinggal di sepanjang bulan Ramadhan itu pada bulan Sya’ban. Ini menunjukkan Aishah r.ha tidak menggantikan puasanya secara segera.                                                       

Tidak disyaratkan dalam menggantikan puasa Ramadhan untuk melakukannya secara terus-menerus dan berturutan. Telah diriwayatkan oleh Darul Qutni daripada Ibnu Umar r.a. bahawa nabi s.a.w. bersabda mengenai qadha puasa Ramadhan: “ان شاء فرق وان شاء تابع “ yang maksudnya, “jika mahu gantilah (puasa Ramadhan) secara berpisah-pisah, dan jika mahu gantilah (puasa Ramadhan) secara berturutan”.     

Sumber : Fatwa ‘Atiyyah Saqr (Kitab ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Jilid 3, muka surat 445

  

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427