Thu05252017

Last updateThu, 25 May 2017 11am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Fatwa Mufti Negeri Sembilan Penyelewengan ajaran Taslim, Qadiani, Syiah

Penyelewengan ajaran Taslim, Qadiani, Syiah

 

  NEGERI SEMBILAN

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

  

Jil. 66
No. 23
7hb November 2013
TAMBAHAN No. 12
PERUNDANGAN

 

N.S. P.U. 13

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) 2003

 PEMBERITAHUAN FATWA

 PENYELEWENGAN AJARAN TASLIM

 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut – 

  1. Ajaran Taslim adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.

  2. Bahawa pengharaman ini meliputi – 
  1. apa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;

  2. apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.

     3.  Orang-orang Islam adalah dilarang –

  1. mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Taslim, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau

  2. memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Taslim dengan ajaran Islam.

Dibuat 17 Julai 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan

 

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003

 NOTIFICATION OF FATWA

DEVIATION OF THE TASLIM TEACHING

 IN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [Enactment No. 10/2003], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following Fatwa

  1. The Taslim teaching is deviate. It is haram for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a murtad. He should leave the said teaching immediately and repent.

  2. The haram of the said teaching encompass – 
  1. any variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to Ahli Sunnah Wal Jamaah;

  2. any publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to  pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.

      3. Muslims are prohibited from – 

  1. practicing the teaching and ideology of Taslim, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or 

  2. possessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the Taslim teaching to Islamic teaching.

 

Made 17 July 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan

 

N.S. P.U. 14

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) 2003

 PEMBERITAHUAN FATWA

 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANI

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –

 

  1. Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.

  2. Bahawa pengharaman ini meliputi – 
  1. apa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;

  2. apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.

     3.  Orang-orang Islam adalah dilarang –

  1. mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau

  2. memiliki, menyimpan, mencetak, menjualtermasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani dengan ajaran Islam.

 

Dibuat 17 Julai 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan

 

 

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003

 NOTIFICATION OF FATWA

 DEVIATION OF THE QADIANI TEACHING

 

IN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [Enactment No. 10/2003], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following Fatwa

  1. The Qadiani teaching is deviate. It is haram for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a murtad. He should leave the said teaching immediately and repent.

  2. The haram of the said teaching encompass –

 

  1. any variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to Ahli Sunnah Wal Jamaah; 

  2. any publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to  pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.                               

     3.  Muslims are prohibited from – 

  1. practicing the teaching and ideology of Qadiani, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or

  2. possessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the Qadiani teaching to Islamic teaching. 

Made 17 July 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan 

 

N.S. P.U. 15

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) 2003

(Enakmen No. 10/2003)

 PEMBERITAHUAN FATWA

 PENYELEWENGAN AJARAN SYIAH

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –

  1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam diNegeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi aqidah berpandukan mazhab Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah, syariah berpandukan kepada mazhab Syafie. Walau bagaimanapun, tiga mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali boleh dirujukdan digunakan dalam menyelesaikan masalah-masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan akhlak Islamiyyah.

  2. Bahawa ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang boleh menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan Negara.

  3. Ajaran dan fahaman iniperlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Sembilan berdasarkan terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan akhlak.

     4.  Antara ciri-ciri penyelewengan ajaran dan fahaman Syiah adalah seperti yang berikut: 

  1. menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan kandungan syahadah yang menjadi pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah;

  2. mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan luar biasa; 

  3. mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;

  4. menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;

  5. mencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah SWT dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;

  6. mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah SWT akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya kiamat bersama-sama Imam Mahdi;

  7. mengamalkan Al-taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;

  8. mengamalkan nikah Mut’ah;

  9. mempercayai amalan menziarahi maqam saidinaAli KW akan memperolehi ganjaran syurga; dan

  10. melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharam.

    5.  Oleh yang demikian, Jawatankuasa FatwaNegeri Sembilan, mengambil keputusan keputusan bahawa apa-apa jua ajaran atau fahaman Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah adalah dilarang terutamanya ajaran atau fahaman Syiah. Larangan ini meliputi:

  1. untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahamanyang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah; atau

  2. untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian; atau

  3. untukmenerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau 

  4. untuk memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam.

 

Dibuat 17 Julai 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427