Tue09192017

Last updateFri, 15 Sep 2017 12pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Fatwa Mufti Negeri Sembilan Aurad Muhammadiah

Aurad Muhammadiah

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

 

4hb Ogos 1994

 

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK

(NEGERI SEMBILAN) 1991

(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

 

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991

(Enactment No.1 of 1991)

 

PEMBERITAHUAN FATWA

NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

A. BAHAWA buku yang bertajuk –

(a) “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad, dan

 (b “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi.

Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahamana yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.

 B.   BAHAWA Kumpulan Darul Arqam@al-Arqam, iaitu suatu kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk –

(a) “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan

(b) “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi”.

Adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.

 

C. Oleh yang demikian –

(a) percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi” termasuk

 

(i)    apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii)   apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii)   apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu, pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau melalui apa-apa media adalah haram.

 (b)  pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abullah As Suhaimi” adalah haram;   

(c) kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam itu atau mana-mana kumpulan lain atau orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus menjawab Tuduhan” dan “Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi” adalah haram ;

(d) Adalah haram bagi orang Islam –

 (i) menjadi anggota atau memimpin kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam atau mana-mana kumpulan lain yang disebut dalam perenggan  ( c );

(ii) membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan   sedemikian.

 

SAHIBUS SAMAHAH

DATO’ HAJI MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

 

 

 

Dibuat pada 2hb. Ogos, 1994

Seremban

[PU/NS (JB) (Ag) (Majlis) 15/92; PANS (S) 196/07 (472/51]

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427