| Sentiasa Khusyu‘ Pada Sepanjang Solat |
| Ditulis oleh Admin | ||
![]() Oleh: Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan Penolong Mufti Bahagian Tarekat Tasawuf
Pengertian khusyu‘ ialah kesedaran hati terhadap semua bacaan, zikir dan do‘a yang dituturkan oleh lidah sambil memerhati serta memikirkannya, menghayati maknanya dan berasa sedang bermunajat kepada Allah S.W.T.
Sebenarnya khusyu‘ dengan pengertian ini merupakan perkara yang mesti pada sepanjang masa bersolat dan solat akan terbatal sekiranya kelalaian menyelubungi keseluruhan solat tersebut dari awal hingga ke akhirnya.
Oleh itu mengekalkan khusyu‘ di semua bahagian solat adalah sunat yang akan menjadikannya lebih sempurna. Hal ini berdasarkan hadith,
عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَا مِنِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلاَةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا إِلاَّ كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ Yang bermaksud, Daripada ‘Usman r.a katanya, “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, seseorang Islam ketika tiba waktu bersolat fardhu lalu dia berwudhu’ dengan sempurna khusyu‘ dan bersolat dengan sempurna, solat tersebut akan menutup dosa-dosa yang terdahulu selagi dia tidak melakukan dosa besar. Demikianlah seterusnya sepanjang zaman kerana mengulangi solat pada setiap hari.”
383 Riwayat Muslim (228)
والله أعلم
Dipetik daripada buku Manhaj Fiqh al-Syafi‘i, terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, bab Sunat Solat, hlmn 365
|














